“Kagum Dengan Aisha Retno” – (VIDEO) Ernie Zakri Belanja Nyanyian Bengawan.

Artis

Persembahan Aisha Retno menyanyikan lagu Bengawan Solo dalam konsert suku akhir Big Stage 2022 bukan sahaja berjaya menambat hati barisan juri sehingga berdiri memberikan tepukan gemuruh kepadanya, malah penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri turut memuji persembahan peserta program realiti itu.

Ernie Zakri Kagum Dengan Aisha Retno

Menerusi beberapa ciapan di laman Twitter, Ernie begitu mengagumi kehebatan Aisha yang berjaya membuat transisi vokal yang disifatkan pelantun Boneka itu sebagai sesuatu yang bijak.

“Aisha, not you changing from major to minor. Damn girl, hebat! She’s just brilliant. I would say.. genius?” ciap Ernie

Malah, Ernie turut berkata dia menjadi semangat untuk menonton persembahan peserta-peserta program realiti itu kerana dibarisi oleh mereka yang berbakat besar.

“Eeee best nya tengok talent yang hebat hebat ini. Rasa lebih semangat sebab dorang ini macam hebat sangat” tulisnya

Ernie Nyanyi Bengawan Solo

Di kesempatan itu, Ernie juga sempat menyanyikan kembali lagu klasik yang berasal dari Indonesia tersebut dan mendapat reaksi Aisha yang berterima kasih kepadanya.

“Kak Ernie ku sayang. Terima kasih kerana menonton Big Stage. Anda adalah idola kegemaran saya dari dulu Aishah baru masuk ke dalam industri, berbakat dan sentiasa merendahkan diri” komen Aisha

Dalam persembahan suku Akhir, Aisha berjaya memecah rekod penganjuran Big Stage apabila memperoleh markah tertinggi sebanyak 97% daripada barisan juri terdiri daripada Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai. Manakala, Aliff Aziz sekali lagi menjadi juri juara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Murai.my

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *