“Terus-terang, kami ada mesej..”- Sharnaaz Ahmad Dedah Sesuatu Yg Mengejutkan Ramai

Artis

Sejak Sharnaaz Ahmad menyo.kong secara terbuka melalui media sosial tentang persembahan Shila Amzah yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 36, ramai yang mengusik Sharnaaz agar ada harapan untuk mereka kembali bersama semula.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah swt. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.” katanya pada wartawan Utusan Malaysia.

Foto: IG Sharnaaz dan Shila Amzah

Sharnaaz tidak boleh menghalang pengikut atau peminat mendoakan perkara yang baik untuk dirinya. Apa pun soal jodoh ini adalah ketentuan Allah.

“Cuma kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’ (terbuka) kepada sesiapa sahaja,” jelas Sharnaaz dengan usikan yang diterima.

Bila ditanya tentang isu untuk berbaik semula dengan keluarga Shila Amzah, dia sendiri tidak berdendam.

 

Dia melalui fasa yang pernah saya alami, pence.raian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya daripada dulu kami tidak pernah bermusuh.” jelas Sharnaaz mengakui ada berhubungan dengan Shila selepas berce.rai untuk beri kata-kata semangat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Saya cuma ada i.su dengan ibu bapa dia saja waktu itu. Tapi bagi saya dah lama sangat dah. Nak berde.ndam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu ga.gal dalam alam rumah tangga.”

Sharnaaz mendedahkan Shila memang suka genre lagu begitu. Dia tahu sejak mereka pernah bercinta lagi dahulu.

“Sejak kami bercinta dulu, saya tahu memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescene. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu.”

“Tapi tempoh hari, dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai. Akhirnya kejayaan milik dia,” tambahnya lagi.

Moga hubungan mereka kekal baik, makin matang dan sentiasa ada bersama untuk memberikan sokongan. 

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *