Syafie Naswip kesᾰl Ada Pelakon Sngaja Bikin pᾰnas. Sekali Roy Azman Komen Jadi Tumpuan

Artis

PELAKON Syafie Naswip, 30, mengakui kecewa dengan sikap penggiat seni yang sanggup mela.kukan gi.mik murahan demi menaikkan ‘rating’ drama lakonan mereka.

Menerusi perkongsian Syafie di Instagram miliknya, dia meluahkan rasa tidak pu.as hati terhadap pelakon yang sering melakukan aksi tidak masuk akal ketika di set penggambaran.

“Zaman sekarang nak popularkan drama kena buat perga.duhan di set penggam.baran, kena buat siaran langsung mena.ngis-nang.is macam psik.o.

“Lepas itu, apabila dike.cam kata salah netizen dan jawapan tidak apa, ‘aku dapat pahala percuma’,” katanya.

LUAHAN Syafie Naswip terhadap segelintir pelakon yang tergamak buat gimik demi lariskan drama lakonan

Lebih mengec.ewa.kan lagi, ujar Syafie, tindakan tersebut sering dilakukan oleh pelakon yang memiliki bakat dalam bidang lakonan.

“Lebih menyakitkan orang yang buat ini (gimik murahan), adalah orang-orang yang sangat berbakat. Kenapalah? Tidak boleh hadam.

“Boleh sahaja nak ‘marketing’ cara yang lebih sihat dan bermaruah sedikit. Cukuplah berlakon di set sahaja,” tuturnya.6

 

Sementara itu, tinjauan URTV ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen serta rakan artis bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pelakon filem Songlap itu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pelakon Mona Allen mendedahkan dia sengaja dicekik oleh Iqram Dinzly ketika penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Bagaimanapun, netizen menyifatkan dakwaan yang dilemparkan oleh Mona adalah gimik semata-mata untuk menaikkan ‘rating’ drama tersebut.

Sumber: utusantv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *