Memiliki suara nyanyian yang merdu dan personaliti lemah lembut, Wany Hasrita antara penyanyi yang memiliki barisan peminatnya tersendiri. Selain itu dia juga sering berkongsikan kehidupannya menerusi media sosial membuatkan peminat rasa lebih dekat dengannya.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik menerusi TikTok milik penyanyi ini sendiri, dipaparkan lakonan ringkas Wany Hasrita dengan menggunakan miming suara orang lain telah mencuri perhatian warganet.

Dalam rakaman itu kelihatan Wany Hasrita dengan penuh perasaan melakonkan mengikut suara yang digunakan miming olehnya. Riak muka penyanyi wanita ini memang kelakar betul! Berikut adalah perkongsian rakaman lakonan ringkas Wany Hasrita yang dimuat naik di TikTok miliknya ini:
Wow, tak sangka Wany Hasrita memang pandai berlakon dan bijak menghiburkan orang ramai. Mimik muka Wany Hasrita di penghujungnya memang undang dekah betul ya! Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan 159 ribu likes.
Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Muka tu penting hahaha”
“Ahahaha muka kak Wani bangga betul eh”
“Hahaha bila nak berlakon lagi”
“Hahaha sumpah saya tengok 8 kali. Nakal betol muka..Hahaha love u Wany. Tibe”
“Alololo comel la awak ni..Buat muka tak bersalah ni lagi comei tau!”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.