“Saya Nak Jadi Angelina Jolie Malaysia Dan Hairul Azreen Versi Perempuan,”- Shiqin Kamal

Artis

“Saya nak jadi Angelina Jolie Malaysia,” kata pelakon, Shiqin Kamal mengenai impiannya untuk menjadi pelakon yang boleh melakonkan babak-ba.bak ak.si.

Shiqin berkata, dia ingin melakukan babak aksi dengan tenaganya sendiri sekiranya diberikan peluang. “Saya nak buat ‘stun.t’ (babak ak.si) sendiri. Ya, saya nak jadi Angelina Jolie Malaysia. Kalau jauh sangat, saya nak jadi Hairul Azreen versi wanita. Itu ‘target’ (sasaran) saya,” katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG

Selain berlakon, Shiqin juga aktif menyertai latihan seni mempertahankan diri dan juga sukan memanah berkuda.

“Yang saya boleh buat sekarang adalah Muay Thai dan gus.ti. Selain itu, saya turut serta dalam sukan mema.nah berkuda,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SK (@shiqinkamal)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SK (@shiqinkamal)

Menurut Shiqin, dia ingin belajar pelbagai skil yang boleh digunakan ketika berlakon sekiranya diperlukan.

“Saya fikir, kalau ada orang nak buat filem epik dan bertanya saya boleh menunggang kuda atau tidak, saya akan jawab saya boleh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SK (@shiqinkamal)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SK (@shiqinkamal)

“Selepas ini, saya nak belajar bermain pe.dang, nak ambil lesen selam skuba dan saya nak belajar banyak benda,” katanya yang baru memulakan penggambaran drama bersiri berjudul Risik Pada Hati untuk slot Akasia TV3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *