Ins1den Mona Allen kena cek1k, Iqram Dinzly akhirnya buat pengakuan yang mengejvtkan….

Artis

PERTENGKARAN antara pelakon Mona Allen dan Iqram Dinzly yang heboh diperkatakan sebelum ini diakui hanyalah sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Hati Yang Dikhi4nati.

Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iqram Dinzlycious berkata kejadian itu hanya g1mik yang dirancang untuk dijadikan bualan netizen.

“Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka ‘membawang’.

“Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik.

“Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen untuk menilai,” katanya ketika dihubungi mStar.

WhatsApp Image 2022-03-08 at 16.47.26

Iqram tidak kisah dikecam kerana sengaja cipta kontroversi

Sebelum ini tersebar video yang menunjukkan Iqram mencek1k Mona ketika di set penggambaran hingga mendapat krit1kan ramai peminat.

Menurut Iqram, dia sudah lali dengan kecaman dan berharap kemunculannya dalam drama itu mendapat perhatian.

Orang dah banyak berkata buruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun

IQRAM DINZLYCIOUS

PELAKON

“Kami manfaatkan situasi dan kemunculan saya dalam drama ini untuk diperkatakan.

“Orang dah banyak berkata buruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun,” ujarnya.

Dalam masa sama, Iqram menjelaskan hubungan dia dengan Mona tidak ada sebarang masalah.

Malah dia turut mendapatkan izin suami Mona iaitu pelakon Pekin Ibrahim sebelum memulakan penggambaran.

iqram 2

Gandingan Mona dan Iqram dalam drama Hati Yang Dikhianati

“Bukan hanya Mona, seluruh pasukan produksi bagaikan keluarga buat saya. Mereka memberikan aura positif sepanjang di set penggambaran.

“Mona seorang pelakon yang hebat dan kami sendiri sudah tahu perancangan untuk membuat sedikit kontr0versi ini akan menerima kecaman. Sebenarnya hubungan kami baik sahaja.

“Sebelum berlakon saya ada berjumpa Pekin dan meminta izin untuk bergandingan dengan Mona. Dia kata jalan je,” ujarnya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:mStar ,https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *