[VIDEO]“Geramnyaaa…”- Anak Awal Ashaari berdekah buat ramai turut terikut

Artis

Pada Februari tahun lalu, pasangan selebriti sama cantik sama padan iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya selamat menimang cahaya mata kedua mereka yang diberi nama, Lyla Amina.

Nampaknya Lyla Amina sudah membesar dengan begitu comel dan ceria apabila adik kepada si cilik popular, Lara Alana ini juga dapat diikuti perkembangannya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lila Amina Ahmad (@lilaaminaaa)

Scha Alyahya bagaimanapun baru-baru ini membuatkan rakan selebriti seperti Lisa Surihani dan Mira Filzah tidak dapat menahan ketawa kerana ‘geram’ dengan kecomelan anak kedua pelakon jelita ini dan Awal Ashaari.

Ini kerana Scha Alyahya yang meluahkan rasa rindu dengan Lyla Amina disamping memuat naik satu rakaman video mencetuskan perkongsiannya mendapat perhatian ramai dengan lebih 400,000 mata menonton gelagat Lyla Amina.

Manakan taknya, anak Awal Ashaari ini berdekah terhibur apabila dia diusik dan menyebabkan juga peminat dan pengikutnya di Instagram turut terikut terhibur gara-garanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian Scha Alyahya itu menerima ‘ratusan’ respon ramai yang turut ‘geram’ dan merasa tercuit hati dengan kecomelan Lyla Amina yang rasanya sudah tidak lama lagi bakal genap usianya setahun.

“Oloo bunyi gelak dia tuuu”

Anak

“Mudah terhibur…”

IMG_20220208_122433Anak

“Kita yang tengok pun…”

IMG_20220208_122509

“Geramnyaaa sambil tite pun terjoin gelak”

IMG_20220208_122532

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *