“Sebenarnya sy tk sangka, trkejut tup tup..” – Komen Vida Fasal Nyanyian Iqbal Jadi Tumpuan

Artis

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang menduduki kerusi Presiden Netizen di Big Stage 2022 akui terke.jut dengan keberadaan Iqbal Zulkifli yang menjadi peserta ke-12 bagi program yang kini memasuki musim keempat itu.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, dia tidak menyangka selain menyifatkan nyanyian usahawan tersebut baik berbanding dulu.

“Sebenarnya saya tak san.gka, terk.ejut tup tup tup… Dan memang… pada saya sedaplah. Tak tahulah… saya tengok memang berbezalah dibandingkan kalau dulu dia menyanyi dengan sekarang,” katanya.

Ditanya berapa markah yang mahu diberikan sekiranya boleh berbuat demikian, penyanyi lagu I Am Me ini akui akan beri markah yang tinggi.

“Saya bagi markah banyaklah. Bukan sebab saya ada apa-apa. Kalau nak diikutkan, kalau ada berbalah ke apa mesti saya beri markah si.kit betul tak?

“Tapi saya profesional sebagai telinga yang sedap didengar. Saya rasa dia pun adalah nilai nyanyian dia. Improve sangat banyak, sedap diden.gar dan ‘melay.ang’ saya rasa penonton di rumah.

“Tempo apa semua tu… saya rasa saya pun memang ada masalah tu. Tapi yang penting tidak mengece,.wakan, tidak kela.t suara. Sedap dengarlah. Tidak off tempo terus,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai antara yang terlibat secara langsung dalam program nyanyian bakat baru ini, Vida akui mahu.kan yang terbaik.

“Saya terke.jut kerana diberikan tanggungjawab dan kepercayaan, biasanya kena kecam. Tapi Presiden Netizen kena balance. Tiada lagi dan saya tak nak dah kecaman.

“Saya harap boleh menerima saya dalam Big Stage 2022 dan saya mahu yang terbaik. Saya mewakili suara anda netizen di luar sana,” katanya ketika ditemubual menerusi segmen Big Stage Live+.

Vida terdahulu memulakan tugasnya dengan permohonan maaf secara terbuka kepada semua sekiranya ada perkara yang mengguris hati, terkasar bahasa dan tersilap kata.

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *