Umur 9 Tahun Dah Ada Jet Peribadi & Kereta Bentley, Sangat Menakjubkan

Keluarga Semasa

Teruja membaca kisah jutawan cilik yang berasal dari Lagos, Nigeria ini. Memang menakjubkan umur 9 tahun, kanak-kanak ini sudah terbang ke sana ke sini menggunakan jet peribadi.

Bukan itu sahaja, malah jutawan cilik ini memiliki kereta jenama mewah yang bukan calang-calang orang boleh memilikinya. Namun, itu yang dikatakan rezeki milik kanak-kanak ini.

Umur 9 Tahun dah jadi jutawan, tuah badan.
Foto: Instagram @momphajnr

Inilah sebuah kisah hidup milik influencer muda yang bernama Muhammed Awal Mustapha ini. Muhammed Awal Mustapha juga digelar dengan nama Mompha Junior.

Kehidupan mewah yang dilaluinya telah mencuri perhatian dunia dan dikhabarkan jutawan cilik ini telah menerima hadiah yang berbentuk sebuah rumah agam ketika usianya enam tahun oleh ayah yang dicintainya.

Khabarnya hadiah rumah agam ini sebagai hadiah hari jadi Mompha Junior yang keenam pada tahun 2019.

Umur 9 Tahun dah ada kereta Bentley.
Foto: Instagram @momphajnr

Malah kanak-kanak bertuah ini telah dihadiahkan oleh ayahnya yang memegang status multimillionaire sebuah kereta jenama mewah, Bentley sebagai kereta pertamanya seperti yang dilaporkan oleh mirror.co.uk.

Belumpun berusia 12 tahun Mompha Junior telahpun memiliki segala-galanya termasuk beberapa rumah agam yang tertulis atas namanya. Kekayaan milik kanak-kanak ini sememangnya boleh diumpamakan lahir dalam dulang emas.

Foto: Instagram @momphajnr

Bak kata pepatah, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia tak ada siapa yang tahu. Itulah rezeki milik Muhammed Awal Mustapha ini. Ramai yang cemburu melihat kehidupan mewah yang dijalani oleh Muhammed Awal Mustapha ini.

Sangat menakjubkan! umur 9 tahun kanak-kanak ini sudah menyarung pakaian jenama mewah seperti Versace, Gucci, Fendi dan lain-lain lagi. Muhammed Awal Mustapha juga mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Fatima.

Foto: Instagram @momphajnr

Menikmati hidangan mewah di atas jet peribadi juga bukan suatu perkara yang asing buat jutawan cilik ini. Sering bergambar di hadapan kereta mewah atau super cars, Mompha Junior merupakan anak kepada Ismailia Mustapha atau lebih terkenal dengan nama Mompha Senior.

Foto: Instagram @momphajnr

Multimillionaire, Ismailia Mustapha kelihatan bahagia bersama keluarganya dan menggelarkan isterinya sebagai “Cash Madam’. Mompha Senior juga pernah mencoretkan rasa syukurnya kerana memiliki seorang isteri yang cantik dan menjadi tulang belakang dalam hidupnya.

Semoga keluarga ini kekal bahagia dan menjalani kehidupan yang tenang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: NONA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *