“Rezeki Anak-Anak” – Aliff Aziz Rncang Tunai Umrah Lgi 2 Minggu, Bella Astillah Gmbira Sykur.

Artis

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah gembira syukur apabila suaminya, Aliff Aziz diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi sekaligus membawa pulang hadiah utama iaitu RM100,000 beserta trofi.

Menurut Bella, komitmen selama selama 10 minggu di GV8 akhirnya berbayar dengan rezeki dariNya, malam tadi.

“Sebagai isteri saya bersyukur Alhamdulillah, inilah dikatakan rezeki anak-anak. Terkejut tapi pada masa sama gembira sebab selama 10 minggu ini, kita stress dan semuanya terbayar. Tak terkata-kata.

“Aliff tak pernah cakap dia perlu menang. Saya bangga melihat Aliff seorang individu yang sangat positif. Dia selalu risaukan kawan-kawan dia… dia selalu tanya saya kalau ada kawan-kawan tengah s4kit walau dah ready nak perform.

“Kita tak pernah jangka untuk menang, Aliff cuma nak buat yang terbaik sebab orang ramai tahu dia cuma boleh nyanyi lagu Sayang Sayang saja, padahal banyak lagi boleh explore.

“Keluarga Aliff pun sangat menyokong, ibu dan adik-beradiknya selalu berhubung beri semangat dan tak pernah beri tekanan untuk mesti menang. Kata mereka, menang atau kalah tak kisah mereka akan terus sokong dan doakan Aliff, kalau perform mesti ikhlas,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangan Aliff juga, Bella berpendapat rezeki yang diraih adalah atas sokongan semua selain usaha dan perubahan ikhlas Aliff sendiri.

“Ini membuka mata saya sebab saya nampak perubahan Aliff yang cukup ketara. Dia buat daripada hati dia. Bila dia pilih untuk belajar agama, saya tak larang tapi sebenarnya saya pula yang segan dengan Aliff.

“Sebab itu saya minta dia doakan saya juga, kadang-kadang kita tak sempurna tapi saya nampak Aliff dia cuba yang terbaik. Dia sedang perbetulkan diri dia. Saya pun pastinya turut sama cuba perlahan-lahan berubah.

“InsyaAllah… Dia buat kebaikan, yang datang pun baik-baik. Rezeki dapat job dan kemenangan besar malam ini, semua datang daripada diri dia juga. Ini usaha Aliff dan doa dari ibu dia,” katanya lagi.

Sementara itu, Bella memaklumkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 9 Februari nanti.

“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.

“Rancang nak sambut birthday Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini merupakan umrah pertama Aliff, begitu juga saya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *