[VIDEO] Shuib Muncul Jadi Juri Final, Jep Terus ‘Bahan’ Buat Gaya Dato Vida Memang Lawak Sakan

Artis

Lebih sedekad berlalu, sudah tiba masanya untuk kumpulan Sepahtu mendapatkan seorang pelawak baharu bagi dijadikan salah seorang anggota kumpulan mereka.

Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) adalah sebuah program realiti berkonsepkan pencarian bakat komedi yang juga platform pencarian ahli baru kumpulan lawak nombor satu Malaysia itu.

Program pencarian bakat komedi, ‘MSYH’ akhirnya melabuhkan tirai apabila kumpulan Arteh yang dianggotai oleh 2 anak Allahyarham Mr. Os diangkat sebagai juara. Selain ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Rahim serta Pak Ya, pentas final semalam juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Datin Lisa Surihani dan Shuib selaku juri undangan khas.

Confirm kena ‘bahan’ kalau berjumpa…Jep bagi hint gaya Datuk Seri Vida

Sebaik kemunculan usahawan dan pelawak itu didedahkan, bukan saja tepukan dan sorakan penonton bergema di dewan. Malahan, Jep Sepahtu sendiri teruja dapat bertemu dengan rakan karibnya itu semula. Paling mencuit hati, dia juga sempat menyakat Shuib dengan membuat gaya yang sinonim dengan Datuk Seri Vida rentetan hangat gosip mereka diperkatakan sebelum ini.

VIDEO :

Lagi elok kalau dia pilih lagu ‘I want you‘…kalau itu markahnya kurang

Tak terhenti di situ, Jep sekali lagi mengusik sahabatnya itu ketika sedang ‘rancak’ memberi komen dengan mengalunkan bait lirik lagu Datuk Seri Vida pula. Walaupun terhibur dengan gelagat spontan tersebut, Shuib tetap profesional menyampaikan feedback serta nasihat berguna kepada peserta finalis yang sedang bertanding.

VIDEO :

Vida sebelum ini memaklumkan tidak menolak seandainya ditakdirkan bercinta dengan Shuib yang disifatkan punyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Pelawak dan usahawan terkenal Shuib menegaskan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bukan individu yang sedang dikenalinya ketika ini.

Kata Shuib kepada Harian Metro, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida hanya untuk urusan bisnes makanan yang sedang diusahakan bersama-sama ketika ini.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.

“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” ujarnya.

Sesiapa sahaja jodoh yang bakal hadir dalam hidupnya, kata Shuib wanita terbabit perlu mendapat persetujuan ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Berikut Info Penuh Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (Astro Warna)

Konsep

12 peserta dan bakal pelawak Malaysia baharu akan bertanding sesama sendiri menerusi pertandingan komedi mingguan, yang mana kualiti persembahan mereka diperlihatkan di hadapan para juri tetap terdiri daripada ahli kumpulan Sepahtu sendiri.

Bakat baharu dunia lawak yang tampil dengan pendekatan segar dan kontemporari ini akan dijadikan pelapis pentas lawak tanah air masa hadapan.

Lebih mengujakan, salah seorang daripada mereka akan terpilih untuk menjadi ahli baru kumpulan Sepahtu, bagi melengkapkan senarai anggota sedia ada.

Sepahtu diberi mandat untuk mencari sendiri seorang pemenang solo dari barisan finalis untuk mengisi tempat dalam kumpulan lawak tersohor itu.

Penilaian akan mengambil kira skil lawak individu tersebut, tahap pencapaian dan persembahan mingguan beliau, idea dan kreativiti serta faktor-faktor sampingan lain.

Ujibakat

Ujibakat membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Penyertaan ujibakat dibuat secara atas talian dari tarikh 1 Jun hingga 31 Ogos lalu.

Peluang itu telah disambut baik hampir 1,000 penyertaan solo dan berkumpulan (tidak melebihi tiga orang untuk setiap kumpulan) menerusi platform rasmi, Astro Gempak.

Kesemua penyertaan yang dihantar telah diadili sendiri oleh ahli kumpulan Sepahtu bersama pihak produksi untuk mendapatkan senarai 30 kumpulan yang disenarai pendek bagi jemputan menghadiri sesi ujibakat secara fizikal yang diadakan di Kuala Lumpur.

Akhir sekali, hanya 12 kumpulan peserta dari penyertaan solo, duo dan trio yang dipilih untuk menembusi penyertaan peserta Top 12 program terbaharu terbitan saluran Astro Warna itu.

Peserta

12 kumpulan peserta terdiri daripada solo, duo dan trio diketengahkan untuk mempersembahkan bakat komedi masing-masing dalam pertandingan mingguan yang disiarkan secara langsung di kaca TV.

Dua di antara mereka merupakan anak kepada pelawak lagenda, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali sebagai Mr. Os iaitu kumpulan Arteh yang dianggotai Hafizul dan abangnya, Hazwan.

Untuk senarai penuh nama peserta yang terlibat, baca artikel: Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (Astro Warna)

Juri

Barisan juri profesional adalah terdiri daripada ahli kumpulan Sepahtu sendiri iaitu Jep, Rahim dan Ilya Buang (Pak Ya) yang menggalas peranan untuk melakukan tugas-tugas pemarkahan.

Format Penjurian

Tiga kriteria utama diambil kira dalam proses pemberian markah iaitu Idea (35%), Kreativiti (35%) dan Jalan Penceritaan (30%).

Seperti pertandingan realiti lain, para peserta tidak terlepas untuk melalui segmen penyingkiran yang akan mengorbankan impian peserta dengan mata terendah.

Hadiah

Wang kemenangan RM30,000 berserta trofi menanti juara di peringkat akhir, manakala RM15,000 berserta trofi buat naib juara dan tempat ketiga akan membawa pulang RM9,000.

Sementara tangga keempat akan beroleh RM6,000 dan kelima dengan RM3,000.

Kesemua finalis akhir juga dikurniakan sebuah trofi sumbangan Astro.
Tenaga Pengajar

Menggunakan khidmat pelawak dan pelakon Ebby Yus serta penggiat teater, pelawak dan pelakon, Datin Marlia Musa bertindak sebagai Mentor kepada para peserta bagi mempersiapkan diri menghadapi pentas pertandingan mingguan.

Pengacara
Rancangan dihoskan oleh pelakon Ramona Zamzam dan pelawak Jiggy Masin yang bertugas sebagai pengemudi edisi sisipan di belakang pentas.

Tempoh Siaran

Program realiti ini akan dilaksanakan selama lapan (8) minggu berturut-turut.
Waktu Siaran

Mencari Sepahtu Yang Hilang disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (CH 107) pada setiap hari Khamis, pukul 9 malam, bermula 2 Disember 2021.

Tonton secara strim menerusi platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://iluminasi.com/,IG zonlawak, shuibsepahtu, TikTok paktampya & hafeeschelah_ ,https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *