“Cantikk, sedap pula tu nyayi..” (Video) Dulu Main Dram , Sekarang Suara Amira Pula Jadi Perhatian

Artis

Sumber Instagram Nur Amira Syahira

Siapa sangka, kanak-kanak perempuan yang dulu terkenal dengan kebolehannya bermain dram sebenarnya memiliki suara merdu.

Pemilik nama sebenar, Nur Amira Syahira menerima pujian warga maya selepas memuat naik video nyanyian semula lagu Gelora yang dipopularkan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Amira tidak hanya mencabar diri menyanyikan semula lagu-lagu terkini seperti Reckless dan The Show, tetapi juga cuba mendendangkan lagu klasik.

Selalu berkongsi video nyanyian semulanya di YouTube, gadis berusia 19 tahun itu juga sudah pernah mendendangkan lagu Malam Bulan Dipagar Bintang dan Malam Ku Bermimpi dengan cara tersendiri.

Berani mencuba cabang seni lain, Amira tampil dengan lagu baharu berjudul Apa Khabar Sayang. Naskhah hasil sentuhan Adi Priyo itu bagaimanapun belum berjaya membuka ruang untuk dirinya bertapak kukuh dalam indsutri seni suara.

Terdahulu, Amira pernah menjuarai pertandingan Ceria All Stars musim pertama pada 2016. Dia kemudian selalu menerima jemputan bagi memeriahkan sesebuah majlis yang adakalanya membabitkan negara luar. Secara tidak langsung, bakat Amira turut mendapat perhatian dari negara luar antaranya Indonesia, Singapura, Kanada dan Amerika Syarikat.

Peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya seni Amira berharap agar gadis itu terus bersinar sehingga lebih ramai menyedari bakat dimilikinya.

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *