Wak Doyok Buka Restoran Sushiwak, Netizen Terpυkau Ada Menu Sushi Tempe!

Artis

Usahawan dan ikon fesyen versatil terkemuka tanah air, Mohd Azwan Haji Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok kini meluaskan lagi empayar perniagaan dalam bidang makanan.

Menerusi perkongsian video dan Insta Stories milik model fesyen hispter ini, Wak Doyok berkongsi berita gembira pembukaan restoran Sushiwak yang terletak di Melawati Mall, Kuala Lumpur pada 26 Disember 2021 (Ahad) semalam.

Tawar Menu Sushiwak RM1

Wak Doyok membuka restoran sushi pertamanya di Melawati Mall, dengan menawarkan pelbagai menu sushi yang menarik dan unik dengan tawaran harga dari RM1.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

“Alhamdulillah. Hari ni 26 haribulan dah mula operasi sepenuh nya @sushiwakmalaysia di Malawati Mall level 3. Jemput lah datang beramai-ramai disini ya. Wak ada sini kalau nak jumpa. #sushiwakmalaysia #sushi” katanya

Netizen Ba.njiri Ruangan Komen Wak Doyok

Melihat perkongsian mengenai pembukaan restoran pertama usahawan selebriti ini, ramai peminat mula memb.an.jiri ruangan komen.

Rata-rata ramai yang memberi komen dengan mendoakan agar perniagaan yang dijalankan berjaya, dan tidak kurangnya yang meminta Wak Doyok membuka cawangan di lokasi yang lain juga.

Foto – Instagram @wakdoyok

“Bila nak buka dekat Penang Wak”

“Bila nak buka kat Semenyih”

“@wakdoyok minta buat kat Alor Setar 1 Wak”

“Tahniah Wak.. Semoga sukses Wak”

“Wah kena gi ni, support. Tahniah Wak, moga sukses terus”

Selain itu, ada juga yang bertanya menu sushi yang unik dan ada juga yang memberi komen akan mencuba sushi yang dijual di restoran milik ikon fesyen tersebut.

Malah ada peminat yang telah mengunjungi restoran tersebut dan berkongsi pandangan terhadap menu unik yang ditawarkan di restoran berkenaan.

Foto – Instagram @wakdoyok

“Cawangan baru Wak ni dekat dengan rumah, saya nak cuba sushi Wak ni padu ke”

“Sushi patin dengan keli ada tak Wak”

Menu terhebat Wak, sushi tempe. Saya bangga dengan legasi Wak” komen mereka

Wow, siap ada menu sushi tempe macam menarik! Siapa berminat nak cuba Sushiwak ini, dan berkunjung ke Melawati Mall mana tahu berpeluang jumpa Wak Doyok nanti.

Sumber: Muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *