Walaupun Suami Seorang Penggeli, Nora Danish Bangga Suami ‘Berkaki Ayam’ Bantu Mngsa Bnjir

Artis

Pelakon Nora Danish bangga dengan kekentalan suaminya, Nedim Nazri yang tidak henti menghulurkan bantuan kepada mngsa bnjir walaupun terpaksa berkaki ayam.

Nora berkata, dia pelik bagaimana suaminya boleh mendapatkan semangat sehingga sanggup meredah kawasan banjir yang penuh dengan lumpur.

Nedim seorang yang penggeli

Foto dari Instagram Nora Danish

Dalam satu perkongsian di Story akaun Instagram milik Nora Danish, pelakon tersebut berkongsikan rasa bangga akan suaminya, Nedim Nazri yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, sehingga perlu berkaki ayam.

Menurutnya, Nedim telah membantu mangsa banjir di pelbagai lokasi yang berbeza selama empat hari berturut-turut.

Berkaki ayam? Suami saya sebenarnya seorang yang sangat penggeli. Sangat-sangat bangga dengan awak sayang.

Saya tak tahu mana awak dapat semangat semua ini. Empat hari berturut-turut, dari satu tempat ke satu tempat sampai tak makan.

Pagi-pagi dah bangun, telefon sana sini cari tempat yang memerlukan bantuan sampai bergaduh nak tolong orang.

Nora berkata, dia akan terus memberikan sokongan terhadap suaminya demi misi bantuan kepada rakyat terkesan akibat bencana banjir.

Bangga dengan awak sayang. Teruskan kerja kuat awak untuk rakyat. Sayang awak.

Terdahulu, Nedim bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch bersama beberapa selebriti lain bagi menghulurkan bantuan di kawasan terjejas banjir sekitar Lembah Klang.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *