“Sweet…”-Zul Ariffin & Ruhainies Kelihatan Terlalu Mesra Dalam Video TikTok

Artis

Nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila video yang memaparkan kemesraan antara mereka berdua menerima interaksi yang banyak di platform TiktTok.

Menerusi akaun dengan nama Zaharzbubu, kedua pelakon itu dilihat berpegang tangan dan berpelvkan ketika berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Pada ruangan kapsyen, tertulis: “Hari ni depa lagi sweet laaaa, auchhhh,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Meninjau ruangan komen, ada yang menganggap hubungan Zul dan Ruhainies sudah seperti adik beradik

“Mungkin anggap mcm adik je kot. Macam Nelly dengan Sharnaaz. Dorang rapat macam adik dan abang,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Sweetnya Zul..” seorang lagi pengguna TikTok memberikan reaksi.

Ada juga yang memberi komen suka melihat Zul dan Ruhainies jika mereka serius ke fasa seterusnya.

“Kahwin cepat sikit boleh omagad I ship diorang… sumpah comel,” tulis seorang netizen pula.

Dalam pada itu, ada juga yang bersetuju bahawa mereka perlu memberikan kerjasama memandangkan keduanya bergelar pelakon.

“Betul.. kena sporting lah.. dah mcm adik-beradik sebab lama sangat bekerjasama kat set drama atau filem,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Zul dan Ruhainies pernah menjadi bualan netizen apabila adegan mesra mereka menerusi drama bersiri Wifi Sebelah Rumah dianggap keterlaluan.

Begitupun, Zul pada waktu itu berkata, kemesraan yang dipaparkan adalah disebabkan oleh chemistry yang kuat antara dirinya dengan Ruhainies.

Menurut Zul lagi, isu berpegang tangan dan terlebih mesra dalam drama merupakan satu hal yang sensitif dan tidak perlu diperbesarkan.

Antara Komen-Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *