“Sweet je, humble…” (Video) Gelagat Uqasha Senrose & Kamal Adli Bila Ditegur Curi Tumpuan Peminat

Artis

Sebut sahaja nama pasangan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose ramai peminat begitu bahagia melihatkan pasangan sama cantik, sama padan ini rupanya telah disatukan awal November lalu.

Kamal Adli mahupun isterinya itu sebelum ini sering bergandingan dalam beberapa drama yang ternyata mencetuskan fenomena dengan hasil lakonan mereka yang akhirnya juga membuatkan kedua-dua pelakon ini sering digosipkan bersama.

Mana tidaknya, keserasian mereka dalam drama yang dilakonkan seperti Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dosa tidak dinafikan sehingga memenangi anugerah.

IMG_20211220_100645_1

Tidak hanya itu sahaja yang membuatkan warganet meminati pasangan berkenaan malah sikap humble Kamal Adli dan Uqasha Senrose terhadap peminat juga membuatkan mereka selalu mendapat perhatian umum.

Seperti yang dikongsikan ini juga, Kamal Adli dan Uqasha Senrose begitu humble dan sempoi dilihat bersama ini selepas ditegur malah sempat juga Kamal Adli membuat perangai lucunya.

@qasehazhar_

10 ulang xboleh focus apa uqasha cakap. Part last tu cute🤣🤣

♬ original sound – Jyeahh – Qaseh Azhar

Lalu perkongsian tersebut menarik tumpuan warganet di TikTok pula dengan ditinggalkan kata-kata pujian dengan sikap mereka dan dalam pada masa yang sama turut menerima ribuan tanda suka ramai.

Kebanyakannya juga memuji pasangan ini bukan hanya sweet malah humble lalu video terbabit diulang tonton sebanyak hampir 600,000 kali.

“Sweet je. Humble nampak”

Uqasha

“Sporting nye…”

Uqasha

“Kamal memang gila gila, hadir support…”

IMG_20211220_095542

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *