“Alamak Apek, suara..” (Video) Bawa Lagu BBNU, Netizen Mula Persoal Vokal SaYa?

Artis

Dulu lain sekarang lain! Itulah tema bagi minggu ke-5 program realiti, Gegar Vaganza (GV) Musim lapan yang mana semua peserta diminta untuk mendendangkan lagu daripada penyanyi ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU).

Namun, program tersebut dilihat ku.rang serinya oleh kerana masyarakat masih berduka dengan musibah ban.jir yang berlaku sehingga membuatkan pengacara GV8, Jihan Muse tidak dapat hadir aki.bat dari ben.cana tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Peka dan prihatin kepada mangsa-mangsa ban.jir, pihak GV akan meneruskan minggu ini dengan konsert GV Kongsi Kasih selain turut menghu.lurkan bantuan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Bantuan Ben.cana Negara.

Dalam masa yang sama, pihak astro juga turut melancarkan kempen pengumpulan dana dan derma ki.lat dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Tiada penyingkiran di Minggu 5, Nikki Palikat sekali lagi dahului carta

Dalam konsert semalam, rata-rata daripada mereka telah menam.pilkan persembahan yang cemerlang serta turut menerima komen po.sitif daripada juri tetap serta jemputan, Datuk Yusof Haslam.

Mungkin oleh sebab itu, juri mengambil keputusan untuk tidak menyingkirkan sebarang peserta selepas penyanyi dari Indonesia, Upiak Isil hampir tersing.kir dan mujur terdapat lagu yang ter.sisa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sementara itu, peserta kelahiran Sabah, Nikki Palikat sekali lagi menampilkan persembahan terbaik selepas dipilih sebagai ‘juara’ pada minggu ke-5 dengan meraih markah sebanyak 78.50 peratus.

Bukan penonton sahaja yang terpersona, malah juri tetap, Bonda Hetty turut menunjukkan reaksi positif selain sempat memberikan standing ovation oleh kerana kagum dengan lontaran vokal milik Nikki.

Dia yang mendendangkan lagu berjudul ‘Gelombang’ turut dipuji oleh juri, Datuk Shafinaz yang menyifatkan dirinya menjadi salah satu peserta yang mempunyai semangat untuk menjuarai program tersebut.

Selain itu, Ani Mayuni turut men.curi perhatian ramai selepas mendendangkan lagu berjudul ‘Kucu Kuca’ dengan cemerlang selain turut dipuji oleh juri walaupun mendapat lagu yang dikira agak ‘simple‘.

Ani yang meraih markah sebanyak 67.80 peratus berjaya menempatkan diri dalam kedudukan ke-3 dibelakang Aliff Aziz dan ia merupakan kali pertama penyanyi itu berada di kelom.pok tiga terbaik selepas 5 minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sekadar duduki tangga ke-8, Netizen mula persoal vokal Sa.Ya?

Dalam pada itu, peserta yang sering menghiburkan penonton, kumpulan Sa.Ya sekali lagi berjaya membawa lagu berjudul ‘Terakhir’ dengan baik walaupun pada mulanya dianggap tidak sesuai dengan ‘genre’ mereka.

Bagaimanapun, terdapat pula segelintir peminat industri tanah air yang seakan-akan mempersoalkan kualiti nyanyian Saiful Apek dan Yassin seakan-akan ‘tenggelam’ pada minggu ini.

Hal itu selepas mereka menganggap vokal yang dilontarkan oleh Saiful Apek tidak beberapa baik selain merasakan kumpulan tersebut tidak cukup ‘kuat’ untuk bersaing dengan peserta lain.

Walaupun menerima komen yang pedas, terdapat juga netizen yang terhibur dengan persembahan mereka selain turut meraih Bintang Cuckoo Paling Gempak selepas menerima undian tertinggi di Facebook Astro Gempak.

Selain itu, Anugerah Bintang Paling Power Meow pula dikurniakan kepada Nikki Palikat rentetan markah tertinggi diperolehnya daripada pihak juri.

Kredit: Astro Gempak I TikTok eqasimgift

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *