Siaran langsung ‘ADS 2021’ Dihentikan Serta Merta Gara2 banjir, Sekali Netizen Beng4ng Benda Lain

Artis

MALAM kemuncak Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) yang bersiaran secara langsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada malam Sabtu terpaksa dihentikan siaran berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Menurut pihak pengurusan Media Prima, penangguhan ini terpaksa dibuat kerana berlaku bencana banjir di lokasi anugerah itu diadakan.

“Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf diatas penangguhan Anugerah Drama Sangat 2021.

“Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda World Trade Centre KL tempat anugerah ini berlangsung,” katanya menerusi satu kenyataan media kepada mStar.

Penyampaian anugerah lain akan diumumkan dalam Melodi secara langsung pada hari Ahad (esok)

PIHAK PENGURUSAN MEDIA PRIMA

Difahamkan semua artis dan kru produksi diminta meninggalkan WTC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pada malam kemuncak ADS 2021, hanya sembilan anugerah sempat diserahkan kepada pemenang dan masih berbaki lima anugerah iaitu Drama Popular, Pengarah Terbaik, Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama belum diumumkan.

Screenshot 2021-12-18 at 11.31.43 PM

Antara selebriti yang hadir memeriahkan malam Anugerah Drama Sangat 2021.

“Penyampaian anugerah lain akan diumumkan dalam Melodi secara langsung pada hari Ahad (esok) pukul 12 tengah hari,” ujarnya.

Rancangan anugerah tahunan ini dihoskan oleh pengacara terkenal Nabila Huda dan Ain Edruce. ADS2021 disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 9 malam.

Antara penyanyi yang membuat persembahan pada malam itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Misha Omar, Hael Husaini, Cat Farish, Khai Bahar, Ariff Bahran, Sarah Suhairi dan Bunga.

KOMEN NETIZEN :

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *