[VIDEO]“Org nak jual rumah…”-Si bulus selamba tidur berdengkur di rumah2 kecil dalam mall

Artis

Jika anda jelajah pusat beli belah, pasti terdapat satu kawasan yang mempamerkan model rumah-rumah kecil sebagai hiasan oleh penjual.

Pameran rumah-rumah kecil itu tentu sahaja membolehkan anda untuk dapat melihat rekaan rumah kecil itu dengan lebih dekat kerana binaan terbabit cukup unik untuk menarik tumpuan pengunjung pusat beli belah.

Walau bagaimanapun, warganet dihiburkan dengan gelagat si bulus yang boleh pula selamba buat hal di kawasan tersebut sehinggakan rata-rata yang menonton perkongsian seorang pengguna atas nama ankmamipenang itu menontonnya hampir 900,000 kali.

IMG_20211217_092840

Mana tidaknya, lucu sungguh melihatkan gelagat selamba si bulus ini yang tidak semena-mena menjadikan kawasan rumah-rumah kecil itu sebagai tempat tidurnya.

Lalu hanya satu hari, perkongsian mengenai ragam buat hal kucing pada kali ini menerima ‘ribuan’ komen ramai yang rata-rata netizen juga tidak dapat menahan ketawa besar. Ada-ada sahajalah ragam si comel ini.

Lanjutan daripada komen-komen yang ditinggalkan, warganet turut berseloroh dengan bermacam-macam reaksi lucu gara-gara menonton kelakuan selamba si comel itu yang menghiburkan mereka.

“Dia penat lawan raksasa, tu tido”

BulusIMG_20211217_093033

“Dia model bangunan tu, pakaikan spek pulak mana tau laku”

Bulus

“Jangan kejut raksasa yang sedang tido, nanti dia bangun…”

IMG_20211217_093107

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *