“Setiap kali datang, belanja staff on duty” – (video) TokTi Hulur Duit Pda Frntliners Bt Bli Goreng Pisang.

Artis

Selain bakat nyanyian, tidak hairanlah kenapa Datuk Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi ini dinobatkan sebagai penyanyi nombor 1 tanah air, sikapnya yang begitu lemah lembut dan apa paling disenangi sekali adalah, sifat merendah diri biarpun berada di kedudukan tinggi.

Segala apa yang dilakukan pasti akan menjadi tumpuan netizen dan dipuji, terbaru ini satu video dari TikTok menunjukkan sikap mulianya kepada frontliner telah mendapat perhatian orang ramai.

Busy kerja, tak sempat meet & greet, tup tup….

Sebagai seorang sitizoners ia pastinya membuatkan pengirim yang bekerja sebagai frontliner ini teruja, segala p3nat lelah jadi hilang apabila idola sendiri datang untuk buat swab test. Masakan tidak, faktor kerja membataskan dirinya dan tak dapat untuk bersua dalam sesi meet & greet, sekali tengok dia ada kat depan mata.

Mungkin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas usaha para petugas barisan hadapan, video berdurasi 35 saat itu memperlihatkan TokTi memberikan wang berjumlah sekitar RM 150 kepada salah seorang frontliner untuk dibelanjakan sebelum melambai dan pintu MPV tertutup untuk bergerak.

Ia membuatkan ramai netizen tertanya-tanya apa yang dikatakan oleh TokTi sewaktu diberikan wang itu, berdasarkan gerak bibirnya ramai netizen ramal wang itu diberikan untuk belanja buat makan-makan (goreng pisang).

Setiap kali datang, belanja staff on duty

Persoalan itu terjawab apabila pengirim @cikjan_88 ini kongsikan video asli bersertakan audio asal, dan ramalan netizen semua betul.

Belanja lah beli apa-apa, goreng pisang.”

Menurut pengirim, TokTi kerap ke tempat swab test tersebut dan dia selalu akan belanja mana-mana kakitangan yang sedang bertugas.

Kelakuan mulianya ini sudah semestinya menerima pujian ramai, selain sikapnya yang pemurah dan rendah diri, ramai puji cara TokTi keluarkan wang, menurut netizen, caranya itu tidak menunjuk seperti orang kaya lain demi content.

Patut rezeki tak pernah putus – Netizen

Tokti Belanja FrontlinerTokti Belanja Frontliner 2Tokti Belanja Frontliner 3

Bak kata seorang netizen, mungkin TokTi sebelum ni pernah merasa kehidupan susah, itu sebablah dia faham apa itu ‘kesusahan’. Apa pun, semoga TokTi sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah. Amin.

Sumber:Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *