‘Kalau Perᾰngai Bertopengkan Tυtt , Tolong Jangan Susahkan Anak Isteri’ – Liyana Jasmay

Artis

Isu video tular seorang lelaki telah memecahkan cermin kereta dinaiki isteri dan dua anaknya mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuk pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay.

Kredit foto: IG Liyana

Menerusi hantaran di Instagram, Liyana kesal dan meluahkan kemarahannya terhadap tindakan lelaki tersebut.

Dalam masa sama dia mendoakan keselamatan wanita dan dua orang anaknya serta berharap mereka akan mendapat kehidupan yang lebih baik.

Kredit foto: IG Liyana

Dalam perkongsian yang sama, Liyana menitipkan pesanan buat para lelaki untuk tidak berkahwin sekiranya masih belum bersedia untuk menjadi seorang suami dan bapa.

Tambahnya lagi, dia turut berharap lelaki yang disifatkan sebagai dayus dan jahat bakal mendapat balasan yang setimpal dengan perangai mereka.

Kredit foto: IG Liyana

Terdahulu menerusi laporan Utusan, seorang lelaki yang mengamuk dan memecahkan cermin kereta isterinya di jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah pada Isnin lalu telah ditahan polis pada hari yang sama dan direman selama empat hari.

Sumber: Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *