“Terima Kasih Atas Doanya…”- Faizal Tahir Timang Anak Ketujuh. Ini Komen Rakan Selebriti

Artis

Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mengesahkan isterinya, Siti Raihanim Rohan selamat melahirkan cahaya mata ketujuh mereka, pada Selasa lalu.

Faizal ketika dihubungi Gempak menerusi laman sosial Whatsapp, mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah dan mendoakan bayinya itu.

“Waalaikumsalam. Masha’Allah Subhanallah. Terima kasih atas ucapannya. Alhamdulillah,” jawab Faizal ringkas ketika Gempak menghubunginya dan mengucapkan tahniah di atas kehadiran orang baru ke dalam keluarga mereka itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Pelantun suara Mahakarya Cinta itu sebelum ini berkongsi mengenai kelahiran anak ketujuhnya menerusi laman sosial Instagram (IG).

Meskipun hanya meletakkan emoji hati pada ruangan kapsyen pada foto yang dimuat naik, Faizal telah menerima hampir 65 ribu tanda suka dengan 882 komen pada hantaran tersebut.

Selain pengikut di laman sosial terbabit, rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Akim Ahmad, Elly Mazlein, Anuar Zain, Khai Bahar, Hael Husaini, Haiza dan ramai lagi telah memberikan ucapan tahniah buat Faizal.

Pada Selasa lalu, selain foto tangan comel yang sedang menggenggam jari bapanya, Faizal turut memuat naik hantaran di ruangan IG Story.

Menerusi hantaran tersebut, jelas menggambarkan Faizal gembira dan bersyukur di atas nikmat dan rezeki diberikan Allah SWT.

“ Alhamdulillah, thank you Ya Allah #happiestdayofmylife,” tulisnya.

Komen Rakan Selebriti:

Faizal Tahir dan isteri, mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, Ahmad Rifa’ei Zidane dan Khalid Al-Walid serta tiga orang anak perempuan iaitu, Siti Raudhah Nur Iman, , Siti Rawdha Nur Jannah dan Siti Nawar Malaikha.

Sumber: https://gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *