“Semoga cepat sembuh Adlin..” (Video) Gara-Gᾰra Hal Ini Emelda Rosemila Bεlᾰsah Suami Sampai Bεnjo̞l

Artis

Pelakon Emelda Rosemila berkongsi keja.dian mencemaskan selepas tidak sengaja telah menyebabkan ke.ce.deraan ringan pada kepala suaminya, Adlin Aman Ramli ketika menjalani penggambaran filem berjudul Abnormal.

Berkongsi perkara tersebut dalam Instagram miliknya, Emelda berkata dia telah menolak suaminya itu dengan kuat ketika menjayakan satu babak sehingga menyebabkan lelaki itu terjatuh lalu kepalanya terhantuk pada kabinet yang ada di situ.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emelda Rosemila (@emeldarosemila)

“Saya belanja sikit babak dalam Abnormal. Masa saya tolak Adlin, dia terlanggar meja pejabat di belakang lalu terja.tuh dan kepadanya ter.han.tuk dengan kuat pada kabinet.

“Dia (Adlin) ‘blackout’ untuk beberapa saat. Dia kata otaknya bergegar. Ya Allah, perasaan ketika itu Tuhan sahaja yang tahu. Habis ganggu fokus saya nak buat babak lain sebab kepala dia benjol,” ujarnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelakon yang mesra disapa Mel itu turut berkongsi sebuah video adegan dia menolak Adlin sehingga menghasilkan bunyi yang kuat ketika kepala lelaki itu ter.hantuk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emelda Rosemila (@emeldarosemila)

“Bunyi kuat itu bunyi kepada dia ter.hantuk. Saya tertolak dengan kuat sebab lupa diri. Terlalu fokus dengan lakonan sehingga terlupa teknik sepatutnya.

“Nasib baik babak dengan isteri, kalau dengan orang lain tidak tahu apa yang akan terjadi,” jelasnya.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan supaya Adlin tidak mempunyai apa-apa masalah dan diharap dapat sembuh dengan cepat.

“Semoga Adlin cepat sembuh,” kata seorang pengguna Instagram.

“Moga semuanya baik-baik sahaja,” kata seorang lagi pengguna.

Terdahulu, Emelda mencuri perhatian netizen apabila sanggup men.cukur rambutnya sehingga botak demi kepuasan membawakan watak wanita lasak dalam filem Abnormal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emelda Rosemila (@emeldarosemila)

Ujarnya, dia sendiri mengusul kepada pengarah untuk menggayakan fesyen rambut botak bagi menyerlahkan lagi karakter dalam filem pertama terbitan pelakon Remy Ishak itu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *