“Dan mcam kaki lalat..” Wanita Dah Tk Tahan Dεrita, Perjelas Sebab Trpaksa Gunting Bulu Mata

Semasa

GARA-GARA terpen.garuh dengan produk yang dibeli di laman e-dagang, wanita ini terpak.sa ‘mengor.bankan’ bulu matanya.

Bukan mudah untuk melakukannya, namun dia ter.paksa nekad membuat keputusan kerana bulu matanya ro.sak teruk sejak lebih dua bulan lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Ayishah Borhan berkata segala-galanya bermula apabila dia terlihat satu video mengenai kaedah melentikkan bulu mata (eyelash perming), sebelum dia membeli produk tersebut di laman e-dagang untuk cuba melakukannya sendiri di rumah.

“Sebelum ini saya pernah buat eyelash perming tapi buat di salun. Bila tengok video tu, saya nak cuba buat sendiri dekat rumah.

“Saya buat pada waktu malam. Masa tu memang nampak cantik dan macam menjadi. Tapi bangun tidur keesokan pagi, bulu mata jadi macam ke.ras ke.jung. Sampai suami saya pun tegur.

“Saya cuba basahkan bulu mata dengan air… jadi OK tapi kalau air dah kering, ia kembali men.geras,” ujar wanita berusia 25 tahun dari Johor Bahru, Johor ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Nur Ayishah yang juga peniaga online, keadaan bulu matanya tetap tidak berubah meskipun sudah beberapa hari berlalu.

Malah dia dite.gur oleh rakan-rakannya yang pera.san dengan perubahan pada bulu matanya.

“Mereka tanya, kenapa bulu mata dah macam kaki lalat. Bila orang te.gur, maksudnya keadaan bulu mata saya yang kerin.ting dan kejung tu sangat ob.vious.

bulu mata 1

Nur Ayishah terpaksa menggunakan se.rum untuk memulihkan bulu matanya namun tiada perubahan.

“Saya fikir, ‘tak boleh jadi macam ni… kena buat sesuatu’. Lalu saya pun beli serum untuk bulu mata dan sapu. Biarpun dah berapa minggu pakai, bulu mata saya tetap tak pulih seperti sedia kala… ia akan keras dan kerin.ting bila kering.

“Dua bulan saya guna serum tapi macam tiada perubahan. Saya ada baca pasal gunting bulu mata. Daripada bacaan saya, ia akan tumbuh semula. Akhirnya saya terpak.sa ambil keputusan untuk gunting sebab ia dah ro.sak,” ujarnya yang juga pemilik label pakaian, Mudahlawa.

Nur Ayishah berkata dia sekadar merakam video ketika menggunting bulu mata dan memuat naik di TikTok untuk berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej kepada wanita lain agar tidak terjebak menggunakan produk sembarangan.

Niat saya bukan mengubah tapi nak pulihkan. Mata saya pernah mele.cet sebab saya cuba macam-macam cara nak pulihkan bulu mata.

NUR AYISHAH BORHAN

“Saya sendiri tak pasti di mana silapnya… sama ada bahan produk tersebut atau teknik saya yang tersilap sehingga bulu mata ro.sak.

“Selepas gunting, saya tak alami masalah tidur sebagaimana yang dikatakan ramai orang. Orang sekeliling pun tak perasan. Saya biar je, tak pakai fake eyelash pun selepas gunting.

“Ada yang komen, mereka juga pernah buat benda sama sebab bulu mata ros.ak. Namun saya sedar, ada yang bangkitkan soal hu.kum. Ya, saya ada baca… hukumnya ha.ram jika mengubah ciptaan Allah.

bulu mata 2

Nur Ayishah merupakan pengasas label pakaian Mampulawa.

“Niat saya bukan mengubah tapi nak pulihkan. Mata saya pernah mele.cet sebab saya cuba macam-macam cara nak pulihkan bulu mata.

“Pengajarannya, jangan cepat terpe.daya dengan video reviu. Pergilah buat dengan orang yang bertauliah. Saya sendiri serik namun saya yakin ada hikmahnya. Mungkin video saya jadi pengajaran kepada orang di luar sana,” katanya lagi.

Sehingga kini, video ‘gunting bulu mata’ yang dimuat naik Nur Ayishah di TikTok meraih lebih 133,000 jumlah tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *