Gara2 Hal ini, AG Coco Dedah Kini Menetap Di United Kingdom Bersama Keluarga

Artis

Komposer dan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco memaklumkan yang dirinya kini telah berpindah ke United Kingdom (UK) bersama isteri, Zuliana Eusoff dan anak lelaki mereka, Hidayat Hezry.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, AG dilihat berkongsi foto terkini bersama keluarga di samping turut menyambut ulang tahun perkahwinannya mereka yang kelima.

Menyambut ulang tahun perkahwinan kelima kami di luar negara. Perkara terpenting adalah keluarga. Bertemu kembali bersama isteri, anak Hidayat. Saya bersyukur, kalian sangat bermakna pada saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AG COCO (@agcoco)

Difahamkan, Zuliana yang juga merupakan duo kumpulan Hani & Zue telah berhijrah ke UK bersama anaknya terlebih dahulu sekitar Oktober lalu bagi tujuan menyambung pengajiannya.

Walaupun kini menetap di benua Eropah, AG memaklumkan yang dia masih menawarkan sebarang perkhidmatan berkaitan muzik untuk mereka yang berada di Malaysia.

Saya masih menawarkan perkhidmatan seperti biasa (terbit muzik/sesi muzik dan sebagainya) dari jauh (mengikut waktu UK). Sila hubungi saya seperti biasa menerusi email dan nombor +44 (0).

AG Coco

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai rakan selebriti dan netizen yang turut menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan serta selamat berhijrah kepada pemuzik yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu.

Sehingga kini, perkongsian AG tersebut telah menerima hampir 11,000 tanda suka daripada peminat serta pengikutnya di laman sosial tersebut.

Sekadar info, AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz dan isteri telah bernikah pada 10 Disember 2016 di Kelana Jaya, Selangor.

SUMBER : Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *