“Saya bukan penyanyi pentas”- Fazley Yaakob Tk Mahu Brtanding Lgi, Selesa Menyanyi Dlm Studio

Artis

Fazley Yaacob tersing.kir di minggu keempat GV8.

TERSING.KIR di minggu keempat dalam Program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) membuatkan penyanyi Datuk Fazley Yaakob se.rik untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian pada masa akan datang.

Namun kata Fazley, 43, kegagalannya meneruskan persaingan dalam pentas besar seperti GV8 tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus aktif dalam bidang nyanyian.

“Tempat saya adalah studio rakaman. Saya penyanyi rakaman, bukannya penyanyi pentas. Apabila dalam studio, jika ada salah kita boleh perbaiki.

“Saya rasa ini pentas pertandingan yang pertama dan terakhir sebab saya buat ini pun untuk anak saya,” katanya kepada mStar selepas berakhirnya konsert minggu keempat GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

553 (1)

Fazley membawakan lagu Mahlihai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan.

Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan terpaksa berpuas hati dengan markah sebanyak 50 peratus.

Mengulas lanjut tentang penying.kirannya itu, Fazley yang juga merupakan seorang cef selebriti berkata dia berasa lega dan puas hati dengan persembahan terakhirnya itu dalam GV8.

“Ada dua perasaan yang sangat utama… pertamanya saya rasa lega sebab pentas GV ni sangat berat untuk saya.

Saya rasa puas sebab sudah bagi persembahan yang lebih baik daripada minggu lalu

DATUK FAZLEY YAACOB

PENYANYI

“Keduanya saya rasa puas sebab sudah bagi persembahan yang lebih baik daripada minggu lalu.

“Berjaya bertahan sampai minggu keempat pun di luar jangkaan sebab saya jangka hanya di minggu pertama,” katanya.

adibahh

Adibah Noor mendapat markah tertinggi pada minggu keempat.

Menurut juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, nyanyian Fazley pada kali ini adalah yang terbaik sepanjang berada di dalam program tersebut namun masih banyak yang perlu dibaiki.

Untuk persembahan minggu keempat, Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika nyanyian asal Melly Goeslow menduduki tempat pertama dengan markah juri sebanyak 78.10 peratus diikuti Nikki Palikat (76.69) dan Suki Low (75).

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *