“Jsa Beliau Pda Industri Sngt Bsar” – Fizz Fairuz Ttip Hr4pan Bell Ngasri Ptut Menng Anugerah Spnjng Hy4t.

Artis

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz titip harapan agar pelakon dan pelawak Bell Ngasri berbakat seharusnya diberikan anugerah sepanjang hayat di atas jasanya terhadap seni.

Mahu Bell Ngasri Dapat Anugerah Sepanjang Hayat

Menerusi posting di Instagram, Fizz Fairuz berpendapat bahawa Bell Ngasri telah memberikan jasa yang besar terhadap industri seni. dan berharap pihak Festival Filem Malaysia memberikan anugerah kepada Bell Ngasri yang telah menjadi pelakon, pengacara, dan pelawak sejak tahun 1990.

“Hope jugak @officialffm31 angkat bakat anak seni @bellngasri sebagai anugerah sepanjang tahun.. Jasa beliau pada industri sangat besar. Mohon pandang jasa beliau pada industri sekian lama dia dalam dunia seni ini. Hope ada sinaran untuk anak-anak seni tanahair..Aminn”-Fizz Fairuz

Akui Tidak Pernah Menang Anugerah Sejak Kecil 

Terdahulu, pada minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM21), Bell Ngasri menjadi perhatian selepas melontarkan dialog bahawa dia tidak pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah mula menjadi pelakon dan pelawak sejak kecil menerusi segmen pertama pertandingan dengan tema Majlis Keraian.

“Aku dari kecil melawak tak pernah menang satu anugerah pun.”-Bell Ngasri

Selain itu, satu lagi dialog Bell Ngasri yang telah membuka mata banyak pihak adalah apabila dia menyebut sudah lapan kali menyertai Maharaja Lawak Mega dan tujuh kali telah ters1ngkir awal.

“Aku lapan kali dah masuk MLM, tujuh kali tersingkir awal. Minggu kelapan ini paling jauh yang aku pergi.”-Bell Ngasri

Ada betulnya dialog yang telah dilontarkan oleh Bell Ngasri itu. Dia sudah lama berkecimpung dalam industri seni tetapi masih tiada pihak terlibat yang menghargai bakatnya…

Sumber:Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *