[VIDEO] Mira Filzah tak akan sorok jika benar hamil, mahu berbulan madu ke Eropah minggu depan

Artis

DESAS-DESUS mengatakan Mira Filzah kini berbadan dua nampaknya masih menjadi tanda tanya apabila pelakon drama The Hotel itu tidak mengesahkan perkara berkenaan.

“Setiap pasangan yang berkahwin pastilah mahukan zur1at. Gos1p mengenai kehamilan sebelum ini pun pernah bertebaran apabila ada yang tengok baju yang saya pakai dan muat naik di media sosial, dari sisi kononnya nampak macam saya sedang mengandung.

“Biasalah, peminat mestilah mengharap untuk terima berita gembira ini.

“Tapi apa-apa, saya akan beritahu pada semua. Saya tak akan sorok,” katanya kepada mStar.

MIRA2

Mira dan suami akan berbulan madu ke Eropah minggu depan.

Mira berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran model baharu telefon pintar Vivo V23e di Hotel Majestic, di ibu kota.

Dalam pada itu, Mira berkata, dia tidak berkecil hati dengan pelbagai spekulasi termasuk penyebaran video ‘baby bump’ yang dibuat oleh peminat berhubung kehamilan itu.

Malah, dia melihat semua itu adalah satu perkara yang baik dan mungkin menjadi doa agar impian itu tercapai.

Setiap pasangan yang berkahwin pastilah mahukan zuriat.

MIRA FILZAH

PELAKON

“Tak tersinggung pun. Sebagai selebriti mestilah peminat nak tahu perkembangan ini. Saya faham.

“Tak apa, anggap saja kata-kata mereka itu sebagai doa… sampai waktu tepat saya akan umumkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mira memberitahu dia sudah merancang untuk bercuti di Eropah selama sebulan bagi berbulan madu dan berehat bersama suaminya, Wan Emir Astar, 31, bermula pada minggu hadapan.

“Semenjak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan negara sudah dibuka.

“Lagipun sampai bila nak tunggu Cov1d-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP),”katanya.

Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:  Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *