“Akak tk bleh, klau prgi nanti..” Ani Maiyuni Dedᾰh Pυnca Tk Sanggup Ziarah Kυbυr Arwᾰh Maya Matahari Undang Sebᾰk Ramai

Artis

Keakraban penyanyi Ani Maiyuni dan bekas bintang GV, Allahyarhaman Mya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari umum mengetahui sangat rapat melebihi daripada rakan selebriti.

Mengim.bas semula kenangan bersama ar.wah, Ani gagal menahan se.bak dan menga.lirkan air ma.ta.

“Dia bukan kawan dia macam keluarga. Dia panggil saya bukan Ani Maiyuni tau tapi Anne. Maya datang KL duduk dengan nenek saudar sebelah suami saya.

“Jadi sebelum saya kenal dengan suami saya, saya memang rapat dengan Maya. Macam mana saya rapat dengan Ieda Moin macam itulah saya rapat dengan Maya. Kami ini macam keluarga sebenarnya. Saya tak boleh bercerita pasal dia sebab terlalu se.dih,” katanya ketika ditemui pada konsert ketiga GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.

Menyentuh tentang keperibadian ar.wah Maya, kongsi Ani, beliau merupakan individu yang sangat po.sitif dan seboleh-boleh enggan orang sekelilingnya bersimpati atas nasib yang menimpanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Dia orang yang sangat po.sitif dia tak nak kawan-kawan dia rasa kesian. Bila dapat tahu dia meninggal, Ieda call saya cakap dia dah tak ada. Ieda boleh pergi tapi saya tak boleh pergi, tak kuat.

“Kami dari rakan selebriti yang sama sama dulu aktif bola jaring dan tiba-tiba dia berhenti sebab dia sakit. Dia bagi alasan ada masalah lutut dan sebagainya sebab nak tutup pen.ya.kit.

“Sebelum dia dapat GV dia pernah cakap nak masuk GV tapi tak ada rezeki lagi, dia sanggup tolak tawaran lain untuk masuk. Bila dia dapat GV, saya adalah orang yang paling gembira sebab dia terlalu berharap untuk masuk. Sebelum dia pejam mata, dia dah dapat me.ra.sa apa yang dia nak,” tambah Ani.

Air mata Ani makin deras men.galir. Terus katanya biarpun tidak berkongsi karangan kenangan bersama ar.wah tidak bermakna dia telah melupakan ar.wah.

“Kami jarang post yang cakap kami ini rapat. Saya tak macam orang lain yang pandai kongsi di media sosial dan kongsikan kronologi persahabatan dan sebagainya. Tetapi kami tahu sentiasa ada diantara satu sama lain.

“Saya paling rindu bila duduk dengan dia dan berkongsi mengenai keluarga masing-masing.

“Kami sangat rapat, pernah ada acara persembahan bersama-sama. Duduk bersama-sama, bertepuk tampar macam adik beradik.

“Masa dia mening.gal, saya tak dapat pergi nanti meraung menan.gis lagi te.ruk. Ceritakan pasal ini pun saya dah terlalu sedih bayangkan pula ketika itu ‘nampak’ jasad dia,” kata Ani lagi.

Maya telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Mac 2020 di pangkuan ibunya ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh.

Difahamkan, Maya menghidap kanser sarcoma tahap empat yang telah dideritai sejak beberapa tahun sebelum itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *