“Muka dia macam..” (Video) Viral Uqasha Gagᾰl Sorokkan Muka Cuᾰk Utk Bernikah Undang Senyum Netizen!

Artis

Rupanya sudah sebulan bernikah, itulah antara kejutan yang diumumkan oleh Uqasha Senrose bersama Kamal Adli semalam dalam sebuah sidang media khas. Pun begitu, kedua-duanya akui belum berkesempatan meluangkan masa persis pengantin lain akibat jadual kerja yang padat sehingga ke tahun hadapan.

Bila kita plan, nanti Tuhan tak bagi…Takpelah awak kerja, saya jaga…2 rezeki (minit 2:50)

Bersama temubual pihak mStar juga, pasangan bak pinang dibelah dua ini sempat memberitahu mengenai hasrat menimang anak. Untuk Kamal sendiri, semua perkara termasuklah perihal kehamilan sudah disusun selari dengan flow komitmen kerja mereka nanti.

Pun begitu dengan penuh lemah lembut, Uqasha kurang bersetuju dengan istilah ‘plan’ yang digunakan oleh suaminya. Menerima rezeki Tuhan apa adanya, dia akui sudah bersedia menjaga anak sementara aktor itu kerja seperti biasa.


Final touch baju nikah Uqasha…Nervous tak boleh bawa bincang

Selain itu juga, suasana di sekitar majlis perkahwinan mereka juga banyak tular di media TikTok termasuklah oleh Shanell Harun. Mengenakan gaun putih yang sangat sepadan dengan kecantikannya, namun Uqasha tidak dapat menyorokkan rasa gemuruh saat dalam perjalanan menuju ke titik lokasi pernikahan.

Pengurus busana perkahwinan terus sibuk membetulkan pakaian itu buat kali terakhir, namun wajah cuak pelakon drama ini masih jelas kelihatan dalam suasana yang sudah meriah dengan kata-kata pengacara majlis.


Nampak macam dia baru habis nangis…Mesti nervous gila…Faham perasaan tu

Ibarat cuak bercampur menangis, itulah antara reaksi Uqasha yang dapat dilihat oleh netizen. Pun begitu, mereka sangat faham dengan perasaan yang dihadapi oleh pengantin apalagi anak dinikahkan di hadapan ramai tetamu lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:YouTube mStar, TikTok Shanell Harun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *