“Semoga Berbahagia Kakakku,” – ‘Sweetnya’ Titip Kata Raysha Rizrose Buat Uqasha!

Artis

Adik kepada pelakon Uqasha Senrose, Rasyha Rizrose menitipkan ucapan ringkas tetapi penuh makna bersempena perkahwinan kakaknya itu bersama aktor, Kamal Adli.

Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz,25, mendoakan kebahagiaan buat Uqasha yang telah pun sah bergelar isteri pada 5 November lalu.


“Semoga berbahagia kakakku,” tulisnya menerusi sekeping foto yang dirakam sebelum majlis ijab kabul berlangsung.


Sementara itu menerusi Insta Stories, Dewi Remaja 2015 itu turut menyatakan rasa gembira atas perkahwinan tersebut.

“No words could explain how i felt at this time. Happy tapi lebih kepada sedih sebenarnya…,” jelas Raysha.

Terdahulu, Uqasha ketika ditemui media sejurus majlis pengumuman tersebut yang diadakn di De.Wan 1985 by Chef Wan @ The Linc, Kuala Lumpur pada Selasa mengakui ahli keluarganya tumpang gembira dan bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.

Malah selain Raysha, Nelydia turut sama setia menemaninya di sisi menjelang hari bahagia.

“Seperti semua sedia maklum, saya, Nely dan Raysha memang rapat. Kehadiran mereka seperti kekuatan dan memberikan saya semangat. Mereka tahu dugaan dan cabaran yang saya lalui sehingga dapat mendirikan rumah tangga.

“Memandangkan semuanya sudah bersiap pada hari nikah, jadi kami tidak mahu menitiskan air mata. Apa yang penting adalah mereka sentiasa menemani saya sepanjang malam sebelum keesokan harinya (5 November).

“Dalam masa yang sama, kami merahsiakan perkahwinan ini atas permintaan keluarga dan menghormati banyak pihak. Apa yang penting semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis pernikahan pasangan terbabit yang bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, sah bergelar suami kepada Uqasha,29, dengan dua kali lafaz.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *