“Kɑnser Saya Hilɑng!!!!” – Elyana Kongsi Berita Gembira, Perjuɑngan 11 Tahun Berhasil!

Artis

Penyanyi Elyana berkongsi khabar gembira apabila peny4kit kans3r limf0ma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.

Menerusi laman sosial Instagram, Elyana nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan bad4nnya bersama doktor untuk tatapan umum.

Menurut Elyana, dia bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya mel4wan peny4kit ini membuahkan hasil.

“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!! Kans3r saya hilang!!!!

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.

“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubvh yang sihat. I love you Allah,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)


Menerusi ruangan IG Story juga, Elyana memaklumkan dia kini sedang menjalani raw4tan kemoter4pi buat kali kelima.

Difahamkan kali pertama dia melakukan raw4tan kemot3rapi adalah pada sekitar September lalu.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya meraikan berita gembira tersebut dengan doa dan kata-kata semangat.

Tidak kurang juga ramai yang mahukan pelantun lagu Niat itu terus menjadi inspirasi buat pejuang-pejuang k4nser untuk mel4wan peny4kit tersebut.

“Allahuakbar, syukur ya Allah, i’m so happy for you adik,” tulis Datuk Aznil Haji Nawawi.

“Alhamdulillah, berkat doa kak dan semua rakyat Malaysia. Sama-sama doakan kak Elyana sehingga sepenuhnya,” ujar seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, semoga terus sihat dan jadi inspirasi untuk fighter lain ameen,” luah seorang wargamaya.

“Alhamdulillah kak! Teruskan berusaha. Semoga menjadi inspirasi pada mereka yang sama-sama menentang k4nser ni,” kongsi seorang wargamaya.

“Syukur ya Allah, tiada yang mustahil dengan kuasa Tuhan. Ameen,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekitar Disember tahun 2020, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *