Mengɑrut! Vida tak pernah bayar Iqbal gaji RM50,000…nak naik RM200 pun sampai bergɑduh

Artis

USAHAWAN kontrov3rsi Ahmad Iqbal Zulkefli memb1das kenyataan Datuk Seri Vida kononnya dia menerima bayaran gaji sebanyak RM50,000 semasa berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.

Menurut Iqbal, 27, apa yang diberitahu oleh Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman itu adalah satu pembohongan dan tidak benar.

“Mengarutlah RM50,000! Saya dulu permulaan RM1,400 saja, nak naik RM200 pun sampai berg4duh nak kena buang kerja.

“Tahun ketiga barulah RM2,000 lebih. Itupun saya berkerja dari Subuh sampai malam, gaji saya sama sahaja dengan staf lain, bahkan staf lain lebih tinggi… cuma siapa rajin dan kreatif buat sales mereka akan dapat setimpal dengan usaha.

iqbal 3

Iqbal pernah bekerja sebagai PA Vida.

“Tak baik berjanji dan buat macam tu! Nanti orang yang betul-betul mencari kerja berharap nak gaji sebanyak itu,” katanya kepada mStar.

Pada Selasa, mStar melaporkan Vida menerima hampir 60 permohonan daripada individu yang berminat menjadi PA dengan tawaran gaji RM10,000.

Saya sebolehnya tak nak dah sebut nama dia, tapi dia pula yang tak boleh duduk diam!

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

BEKAS PA VIDA

Kata Vida, dia pernah membayar Iqbal sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan semasa berkhidmat dengannya pada tahun 2017.

Dalam pada itu, Iqbal turut mempersoalkan pemilihan calon pekerja dan kriteria yang dinyatakan oleh Vida.

TONTON VIDEO VIDA INI!

“Apa salah jika PA wanita? Wanita sekarang pun sudah pintar edit video, bijak berniaga dan boleh lakukan semua benda. Tak cukup bagus ke staf yang ada sekarang? Ramai lagi staf yang tak dapat perhatian sepenuhnya.

“Atau mahu PA lelaki bertujuan untuk berj0get lagu hindustan seperti yang pernah dilakukan selepas buang saya dulu? Itu bukan meny4kitkan saya tetapi menjatvhkan martab4t j4nda,” ujarnya.

iqbal 2

Iqbal minta Vida henti kaitkan namanya.

Sementara itu, Iqbal meminta Vida tidak lagi mengaitkan namanya dalam apa jua perkongsian di laman sosial.

“Dia cakap saya selalu sebut nama dia… padahal dah lama saya tak tulis fasal dia tapi dia yang meroy4n di Instagram dan TikTok.

“Saya sebolehnya tak nak dah sebut nama dia, tapi dia pula yang tak boleh duduk diam… saya di Indonesia ni enjoy sambil-sambil cari teman wanita. Cukup-cukuplah petik nama saya,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *