‘Unboxing’ Barangan Bayi, Peminat Rancak Teka Tarikh Kelahiran Bayi Sulung Neelofa & Haris

Artis

Meskipun tidak pernah mengumumkan secara rasmi mengenai kehamilannya kepada umum, selebriti terkenal Neelofa kembali mencuri perhatian peminat apabila dia ada berkongsi beberapa produk barangan bayi yang diterimanya baru-baru ini.

Neelofa turut berkongsikan mengenai sesi ‘unboxing’ itu di laman Instagram untuk tatapan peminat di media sosialnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dalam video Instagram Stroy miliknya, usahawan itu difahamkan telah menerima beberapa kotak yang mengandungi barangan keperluan bayi seperti baju dan tisu lembap.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada produk itu diberikan sebagai hadiah atau dibeli sendiri oleh selebriti terkenal itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat nampaknya semakin rancak meneka tarikh kelahiran bayi sulung pasangan paling popular itu bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Ada juga yang mendoakan agar setiap urusan kelahiran bayi bekas pengacara program hiburan meleTOP itu dipermudahkan Allah S.W.T.

Sumber: beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *