Ditahan P0lis & Pernah Dibuang Dari Senario, Yassin Dedah Sesuatu Yg Ramai Tak Tahu

Artis

Nama pelawak popular, Yassin Yahya, 43, antara anggota kumpulan lawak nombor satu Malaysia, Senario yang pernah terpalit dengan deretan kontr0versi pada zaman kegemilangan pada era 1990-an.

Pernah dih1na ‘lumpur’ yang merosakkan imej kumpulan Senario, namun, hakikatnya, Yassin mempunyai bakat lawak semula jadi yang unik dan tidak wujud pada orang lain.

Yassin pernah mencipta memori indah bersama Senario selama empat tahun, sebelum digvgurkan berikutan kontroversi .d4.dah sekitar 2002, diikuti beberapa ke.s lain yang pernah menghambat dirinya.

Ditahan polis, positif d4.dah dan berg4.duh bukan baharu dalam hidup Yassin, namun, pengalaman itu juga membuatnya menjadi insan lebih matang dalam mengharungi ranjau dan kehidupan.

Deretan kontroversi yang dilalui menjentik diri Yassin untuk berubah menjadi manusia lebih baik. - NSTP/Hazreen Mohamad

Akuinya, apa yang dilalui dahulu adalah satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli.

Seiring peredaran masa dan peningkatan usia, Yassin akui, bangkit dengan semangat tersendiri.

“Kontroversi dahulu dan sekarang sudah jauh berbeza. Hari ini, kontroversi tidak boleh dikawal apabila ada ‘campur tangan’ golongan netizen. Dahulu, kita masih boleh kawal dan tidak kurang juga ada yang dicipta sendiri.

“Ia pilihan, tetapi boleh jadi menaikkan populariti dan sebaliknya. Saya akui, ada selebriti yang tiada kontroversi, tetapi cuma mereka-reka cerita panas untuk lebih dikenali.

“Cuma, jangan anggap kontroversi membebankan atau menjatuhkan sahaja. Pandai buat, pandailah tanggung.

“Sendiri reka, maka sendirilah ada kunci meleraikannya,” katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran Sudirman Cafe di EDC Hotel, Jalan Raja Laut, baru-baru ini.

Yassin berkata, kontroversi yang dilalui menjentik dirinya untuk berubah menjadi lebih baik.

“Kontroversi ini perlu dirasa dan diterima. Apabila berbuat salah, kita perlu ditegur dan anggap kritikan membina.

“Ia sekali gus membuatkan kita bangkit dan tidak larut dengan apa yang tidak patut dilakukan lagi.

“Saya sendiri pernah jatuh terduduk saat dihambat kontroversi. Saya juga pernah rasa putus asa sebab merosakkan nama orang lain.

“Namun, kekuatan daripada ibu dan arwah bapa yang selalu berpesan dan memberi suntikan semangat,” katanya.

Pernah dihina ‘lumpur’ merosakkan imej Senario, namun, hakikatnya, Yassin mempunyai bakat lawak semula jadi yang unik.

Yassin berkata, pengalaman dan pembabitan bersama Senario dulu tidak pernah dikesali.

“Dahulu masih muda, jadi tiada istilah rugi mencipta nama dan menambah pengalaman bersama Senario. Bukan senang mahu menjadi salah seorang anggota kumpulan yang pernah diberi jolokan kumpulan lawak nombor satu Malaysia.

“Pernah juga terlintas kenapa saya dipilih menganggotai kumpulan Senario. Sedangkan, ramai pelawak lain yang tidak kurang hebat.

“Mungkin saya ada tarikan dan formula yang boleh melengkapi kumpulan ini.

“Ada masanya saya sampai tahap tidak fikir soal gaji. Namun, masa bekerja saya anggap serius walaupun perlu berlawak,” katanya.

Akui dirinya seorang yang sangat serius biarpun tuntutan kerja memerlukannya berjenaka, Yassin berkata, dia dan anggota Senario menjalani kehidupan sederhana sejak dahulu lagi.

Malah, katanya, setiap anggota Senario ketika zaman kegemilangan pada 1996 tidak hidup terlalu mewah seperti sangkaan ramai.

“Orang luar fikir dengan populariti yang diraih, kami hidup mewah. Hakikatnya, tidak, sebaliknya kami hidup biasa-biasa sahaja.

“Kami bekerja makan gaji dan di bawah syarikat pengurusan, Ambang Klasik. Kami tidak memiliki 100 peratus keuntungan. Pastinya, ditapis kerana terikat dengan kontrak. Ibaratnya, kami hanya menurut perintah sahaja.

“Namun, semua ini menjadi ilmu dan pengalaman berharga. Paling penting, proses belajar. Sampai sekarang selagi masih bernyawa, istilah belajar tidak akan bernoktah,” katanya.

Mengulas apakah jenama Senario masih relevan hingga hari ini, Yassin optimis setiap anggota kumpulan itu biarpun sudah membawa haluan masing-masing masih diingati.

“Saya percaya orang luar masih kenal kami sampai anggota Senario biarpun menginjak usia 25 tahun penubuhan. Kami masih dihargai dan ada sahaja yang datang ajak bergambar.

“Tidak pernah rasa dilupakan, malah, pelbagai perancangan sedang diatur sempena 25 tahun Senario termasuk konsert dan filem terbaharu di bawah arahan Aziz M Osman.

“Stesen TV9 juga mempunyai perancangan untuk menerbitkan sitkom. Cuma, situasi pandemik c0vld-19 melengahkan apa yang dirancang.

“Jika bersama stesen televisyen tidak boleh diteruskan, kami akan berusaha melakukannya sendiri,” katanya.

Yassin dan sahabatnya, Saiful Apek kini berjuang dalam program Gegar Vaganza musim kelapan.

Ditanya pandangan terhadap lawak dahulu dan sekarang, Yassin berkata, tiada banyak perbezaannya.

“Bagi saya, tidak banyak berbeza, semua pelawak boleh buat lawak. Artis yang bukan pelawak pun ada potensi buat penonton ketawa.

“Namun, bukan kerja mudah menjadi pelawak yang diterima. Saya tak mungkin lupa pencapaian Senario yang dianggap pengemudi dunia lawak, itu sisi lain yang saya tumpang berbangga.

“Platform atau pertandingan berlawak masih sama seperti dahulu. Cuma, menjadi pelawak kena tahu apa itu lawak dan perkataan juga perlu diterbalikkan menjadi kawal.

“Ini bererti lawak jenaka harus dikawal supaya tidak keterlaluan dan akan diingati. Kalau tidak dikawal, secara autom4tik akan nampak kekurangan,” katanya.

Kongsi Yassin, dia meneruskan survival dengan membuat ulasan dan promosi membantu usahawan memperkenalkan produk serta perkhidmatan dalam media sosial sejak pandemik c0vld-19 menular.

“Saya melakukan aktiviti ulasan produk bagi membantu peniaga baru yang belum ada platform. Jadi, kami saling membantu, bayaran yang dikenakan hanya harga dikategorikan mampu milik dan kasih sayang.

“Saya melakukan semua ini ketika berada di Johor. Malah, saya tubuhkan syarikat, Yasstar Production untuk memudahkan kerja dan urusan.

“Alhamdulillah, saya berjaya membantu lebih 50 jenama dengan memanfaatkan pengalaman yang ada,” katanya.

Yassin memaklumkan, dirinya disahkan positif c0vld-19 pada bulan lalu dan melakukan kuar4ntin selama 20 hari.

“Pada saat diuji, hadir ilham untuk saya membuat panggilan video dengan anggota Senario lain.

“Saya terfikir kenapa tidak melakukan sesuatu sebelum perancangan sempena 25 tahun penubuhan Senario dilaksanakan.

“Jadi, kami mewujudkan platform Sembang Santai bersama dalam platform YouTube. Kami wujudkan saluran sendiri di bawah akaun SenarioUnion.

“Alhamdulillah, kini, sudah ada hampir 8,000 subscribers dan 23 video sudah dikongsi. Program Sembang Santai bersiaran setiap Sabtu pada waktu malam,” katanya.

Anak kelahiran Kampung Maxwell, Kuala Lumpur itu pernah membintangi filem Aku Kaya The Movie, Tangkai Jering, Bujang Senang, Man Laksa, Duyung dan banyak lagi.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *