[VIDEO]“Pengacara Lagi Kelakar”-Ramona Zamzam Sakan Ketawa Di Pentas

Artis

Cukup sinonim dengan gaya ketawanya yang mudah terhibur, Ramona Zamzam antara selebriti wanita yang memeriahkan lagi dunia hiburan tanah air. Pelakon jelita ini sememangnya terkenal dengan sejenis yang mudah tertawa apabila diusik.

Apatah lagi apabila dia menjadi artis jemputan dalam sitkom Sepahtu Reunion. Pelakon ini pernah ketawa sakan biarpun sedang berkongsi pentas dengan pelawak Sepahtu.

Terbaharu, Ramona Zamzam muncul sebagai pengacara dalam rancangan Mencari Sepahtu Yang Hilang. Satu rakaman yang memaparkan sekali lagi Ramona Zamzam sakan ketawa di pentas ketika dalam rancangan ini telah mencuri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman Ramona Zamzam sakan ketawa di pentas yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun hafeeschelah_:

Adoi, dah macam mana gaya nak mengacarakan rancangan kalau asyik ketawa dan mudah terhibur ini? Namun kehadiran Ramona Zamzam ini telah membuatkan pentas gamit dengan gelagatnya itu. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 370 ribu tontonan dan 19 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Sekali aku auto gelak kalau Ramona gelak”

Romona Zamzam Sakan Ketawa 4

“Ohh Ramona rupanya..Patutlah kuat gelak hehe”

Romona Zamzam Sakan Ketawa 3

“Ramona ni kalau berlakon, watak susah2 semua dia buat. Sampai dekat Sepahtu adui hahaha”

Romona Zamzam Sakan Ketawa 2

“Ramona nie pernah jadi artis undangan Sepahtu kan. Keje dia asik gelak je. Dia memang tak boleh serius kalau dengan Sepahtu”

Romona Zamzam Sakan Ketawa 1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *