PU Riz Belanja ‘Punch Line’ Bersemut Dekat MLM, Peminat Cakap Bertuah Neelofa – ‘Kenapa Nak Suka Kalau Boleh Mencintai?’

Artis

Sejak akhir-akhir ini, pendakwah bebas juga selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail dilihat kembali aktif di industri hiburan. Haris atau dikenali dengan PU Riz membuat kemunculan di sebuah program iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 pada malam Jumaat.

Bagi ‘punch line’ manis

Haris menjadi cameo bersama kumpulan Taubat yang dianggotai oleh Ajak, Ropie dan Bell Ngasri. Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok @cikmanessss, Haris ‘menghidangkan’ punch line yang tak disangka ramai ketika siaran langsung.

Dalam sketsa itu, Ajak menyebut nama usahawan dan selebriti Neelofa yang merupakan isteri kepada Haris.

Ajak: Dekat sini yang banyak menderma adalah Hajah Neelofa.

Haris: Tolong jangan sebut nama dia! Saya tak suka.

Ajak: Kenapa tak suka?

Haris: Kenapa nak suka kalau boleh mencintai?

Walaupun jelas menahan diri daripada malu, rata-rata penonton kelihatan terhibur dengan Haris.

Seronok tengok bini orang

Pelakon berumur 26 tahun ini juga sempat menyakat Ropie yang seronok ketawa sehinggakan terangkat kaki.

Dalam pada itu, pemenang Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa spontan memberi peringatan ‘halus’ kepada kaum Adam.

Hey tu bini aku, bukan bini mung. Allah.. Ni la orang lelaki seronok tengok bini orang, balik tengok bini sendiri la.

Sumber: TikTok @cikmanessss

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *