[VIDEO]Lelaki Makan Nasi Tepi Pantai, Tapi Lain Pula YangTerjadi

Artis

Sekarang ini ramai yang mengambil kesempatan yang ada untuk keluar berjalan-jalan dan bercuti selepas sekian lama berkurung di rumah. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang seronok menjamu selera di tepi pantai mengundang ketawa apabila dia akhirnya dilambung ombak semasa di sana.

Cubaannya yang mahu menjamu selera di situ turut tidak berjaya apabila nasi dan makanan yang dibawanya turut musnah terkena ombak. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihatkan situasi yang tidak dijangka berlaku padanya ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang duduk di tepi pantai sambil membawa makanan di tangannya. Turut kelihatan, lelaki itu ingin menjamu selera di situ malah siap membawa sebuah lagi bekas berisi makanan yang diletakkan di atas pasir.

Namun tidak lama kemudian, muncul satu ombak besar yang menimpanya menyebabkan dia turut terbalik ke belakang. Bukan itu sahaja, hasil daripada pukulan ombak itu turut menyebabkan makanan yang dipegangnya itu musnah dibasahi air pantai.

pantai

Walaupun lelaki itu berusaha menyelamatkan nasi yang dipegangnya itu, dia tidak berjaya melindunginya dengan selamat dan dapat dilihat ianya turut dipenuhi dengan air pantai yang memasuki bekas tersebut.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dialaminya ini. Malah ada netizen yang berseloroh tidak semena-mena lelaki itu menerima tambahan kuah pula di dalam makanannya itu.

“Wah dapat package kuah lebih.”

ombak

“Terus jadi air tebu.”

lelaki

“Kenapa makan dekat sangat dengan laut.”

komen

“Cameraman selalu terselamat.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *