“Awk tk slah, tmbok yg slah.” (video) Gdis Pndu ATV Smpai Trlnggar Tmbok ,Bt Rmai Trhibur.

Semasa

Aktiviti sukan seperti ATV antara yang selalu menjadi pilihan pada hujung minggu terutamanya bagi mereka yang ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan. Namun lain pula yang berlaku pada dua gadis ini apabila gelagat mereka menaiki ATV menarik perhatian ramai.

Semuanya gara-gara cubaan mereka memandu ATV itu sehinggakan berl4nggar pada tembok di tepi jalan. Malah rata-rata netizen turut sama berd3kah melihat gelagat mereka ini yang tidak semena-mena berlanggar dengan tembok pada penghujung video.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua gadis sedang bersedia untuk memandu ATV sambil masing-masing siap memakai topi keledar. Lebih melucukan, rakan yang berada di belakangnya juga siap memeluk kuat gadis itu dengan reaksi wajah yang gementar.

Segalanya masih lagi berjalan dengan lancar dan gadis itu juga dilihat memandu ATV itu sambil dirakamkan yang lain. Namun tidak lama kemudian, gadis itu telah melanggar tembok batu yang berada di tepi jalan secara tiba-tiba.

tembok

Hasil daripada pelanggaran itu turut membuatkan rakannya di belakang terlompat dari tempat duduknya itu. Melihatkan situasi yang dialami mereka ini, netizen turut berseloroh mungkin juga rakan di belakang gadis itu sudah dapat meramalkan apa yang akan terjadi sebelum bermula.

Di ruangan komen, netizen turut berdekah melihat cubaan gadis itu membawa ATV tersebut. Namun dalam masa yang sama, ramai yang berseloroh ianya bukan salah gadis itu tetapi salah tembok tersebut yang berada di situ.

“Padan member belakang dah peluk kuat, dah tau apa akan jadi rupanya.”

ATV

“Awak tak salah, tembok yang salah.”

gadis

“Member belakang muka memang dah tahu masa depan tu.”

komen

“Salah tembok, patut elak motor nak lalu.”

tik tok

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *