“No Men, No Problem”-DS Vida Tidur Di Hotel Harga RM50k Satu Malam

Artis

Penyanyi dan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida telah mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu video yang memaparkan sebuah hotel di ibu kota berharga RM 50,000 untuk satu malam, menerusi platform TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, penyanyi lagu I Am Me itu dilihat ‘gembira’ berjoget sambil berpimpin tangan dengan anak lelakinya, Kacak, untuk menuju ke bilik berprestij itu.

Dengan kapsyen berseloroh ‘No men, no problem’, rata-rata warga TikTok tampil memberi pelbagai reaksi buat usahawan kontrov3rsi itu menerusi ruangan komen.

Ramai yang menzahirkan rasa terkejut dengan harga sebuah bilik tersebut yang dikatakan boleh membeli sebuah kereta perodua Myvi baharu.

“Kita RM 50,000 beli Myvi (itu pun hut4ng), dia 50K tunai tidur hotel. Berapa dalam akaun dia ada,” tulis seorang warganet.

“Aku baca RM50 dah terkejut ingat murah, lah ada ‘K’ di situ,” komen lagi seorang warganet.

“Buat apa bayar 50,000 Datuk, sedangkan ada RM300 satu malam tetapi macam hotel lima bintang. Apa-apa pun, selamat bercuti. Tiada lelaki tiada masalah lah Datuk. Enjoy,” komen juga seorang warganet.

Bagaimanapun, mereka tetap menyokong tindakan DSV itu untuk bergembira bagi ‘merawat hati’ semula disebabkan peristiwa lalu.

“Ya, seperti ini. Gembira kan diri sendiri. Bahagiakan anak-anak,” komen seorang warganet.

“Suka melihat Datuk gembira. Semoga Datuk sekeluarga di dalam lindungam Allah,” komen seorang lagi.


“Terbaiklah, lagi gembira dan bertambah cantik,” puji seorang warganet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Utusan Online via -CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *