“Beliau adalah insan pertama melamar”-Tahniah, Datuk Nora Ariffin Selamat Bernikah. Nora Mula Buka Cerita Mengenai Suami

Artis

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, mengesahkan sah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh Dan Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini.

Berkongsi berita gembira menerusi hantaran dalam laman Instagram IG Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, namun, tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani. Sempena malam Jumaat yang juga sayyidul ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.

Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,dedah Nora menerusi hantaran dimuat naik, beberapa jam lalu.

Melalui hantaran sama, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memohon maaf tidak menghebahkan awal berita gembira itu.

Dari awal lagi saya berniat mahu tidak berkongsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.

Jodoh, rezeki dan a.jal adalah rahsia Allah yang ditentukan, luah penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Mengharapkan keberkatan di sebalik keputusan dibuat, Nora turut mengharapkan doa semua pihak agar mahligai dibina berkekalan hingga ke alam syurga.

Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah.

Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah, katanya.Menerusi mesej dikirimkan, Nora mengakui, sifat prihatin suami membuatkan pintu hati terbuka menerima lamaran daripadanya.

Beliau adalah insan pertama melamar, membantu saya dan anak-anak pada saat berdepan tekanan serta tidak punya apa-apa. Suami mengajar saya erti sabar, reda dan percaya pada ketentuan Tuhan, katanya.

Nora menyifatkan perkahwinan keduanya itu juga adalah takdir sudah tertulis buat mereka.

Alhamdulillah tahniah buat Datuk Nora Ariffin atas pernikahannya dengan Dr. Rushdi Ramli yang juga Pensyarah Kanan Usul & Fiqh.

Saya tidak pernah mencarinya dan suami juga tidak mencari saya. Tetapi, Allah menemukan kami. Suami juga sayangkan arwah Johan dan Alif. Moga jodoh kami diberkati, ujar penyanyi bersuara gemersik ini.

Sebelum ini, Nora pernah dikaitkan dengan d.akwaan sudah berkahwin dengan Ahli P.arlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Namun, ia dinafikan kedua-dua pihak walaupun dikesan tular dalam media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan did.akwa milik mereka.

Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, arwah Johan men.inggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun a.kibat s.erangan j.antung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Kredit : BH via http://trendingsangat.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *