Throwback Gambar Kahwin, Nynaa Harizal Brsyukur Kembali Kepada Suami – “Allah Answered My Prayer…”

Artis

Selepas kembali ke pangkuan suami, pelakon Nynaa Harizal telah memuat naik hantaran foto perkahwinan mereka sambil meluahkan rasa syukur.

Menerusi ruangan kapsyen, Nynaa berkata perasaan gembiranya kini tidak tergambar dengan kata-kata apabila kembali ke pangkuan suami, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas.

Katanya hanya maut yang dapat memisahkan dia dan suami selepas ini.

“Alhamdulillah Allah has answered my prayers. I’m so grateful to be back where I belong. Words can’t describe how much you mean to me. I love you so much my husband . @fahmiilyas Till death do us apart,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Nynaa kerana berjaya menyelesaikan konflik rumah tangga mereka secara baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

Pada Rabu lalu, Nynaa dan suami hadir ke Mah.ka.mah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama-sama sebutan ke.s tuntutan nus.yuz yang difailkan Fahmi pada 12 November lalu terhadap Nynaa.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Fahmi Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memaklumkan, hubungan suami isteri tersebut telah berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam ikatan perkahwinan mereka.

Selain itu, Nynaa dan Fahmi juga berjanji akan menjelaskan secara lanjut mengenai apa yang sebenarnya terjadi dalam rumah tangga mereka dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Terdahulu, konflik rumah tangga pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu ter.ce.tus apabila dia di.dak.wa telah dic.u.lik ahli keluarganya sendiri..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

Suami Nynaa kemudiannya telah membuat la.po.ran po.lis terhadap tin.da.kan bapa mentuanya dan turut membuka fail tuntutan nus.yuz terhadap aktres itu setelah hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.

Setelah itu, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru pada 10 November lalu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *