“Mᾰki, tpi nyo̞ro̞k!”- Panggilan ‘Mail’ Disalah Tafsir, Sharifah Shahirah Cerita Prkara Sebenar

Artis

Sejak semalam, nama pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menjadi bualan han.gat gara-gara gurau.an.nya bersama pemain bola sepak, Safee Sali selepas kejayaan pasukan, Kuala Lumpur City memenangi Piala Malaysia pada Selasa.

Dalam gurau.an.nya itu, Shahirah dilihat telah menyebut nama ‘Mail’ yang secara tiba-tiba telah menimbulkan kemarahan di hati segelintir pihak.

Rupa-rupanya, panggilan ‘Mail’ itu merupakan nama panggilan bagi penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias yang juga merupakan sahabat baik kepada suaminya, Ijoy Azhari.

Ternyata insiden berkenaan hanyalah merupakan salah faham dan tidak merujuk kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik JDT seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Shahirah meluahkan rasa kurang senang selepas memaklumkan laman media sosial milik stesen radio, Suria FM turut menerima tempiasnya gara-gara insiden salah faham tersebut.

Lantas, Shahirah dilihat sekali lagi membuat penjelasan agar perkara tersebut tidak lagi menimbulkan ke.ke.li.ruan

“Adoi, dia ma.ki kita dekat tempat kerja lagi. Apa ni diaorang salah bual ni? Nak makan pun tak tenang.

“Mail ni si farizal. Dah tu aku nak panggil Mail Dato Seri ke? Tuan Mail? Encik? Encik mail? Dah dia geng laki aku main golf

“Dah laa fake account. Ma.ki. Tapi nyo.rok,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyampai radio, Suria FM itu turut meluahkan rasa keliru mengapa dia perlu membuat permohonan maaf sedangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Nak kena mintak maaf ke sebab kita artis sen.du? Kita tak boleh mintak maaf sebab kami sembang benda betul

“OK Kita mintak maaf sebab. Takde sebab saja suka. Nak tau drama gi ig @supersafee_10 Lain Kita sembang lain di ke.cam.

“Safee sali jugak tido lena. Lain pa.nas Safi ilias? OK kan semoga dilindungi oleh Allah Kita doakan,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Shahirah supaya banyakkan bersabar selain turut menyeru kepada semua pihak untuk selidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian.

“Apalaa diorg ni. Serbu tak baca komen dulu.

“Sabar jela kak Shiera.

“Sume aca.h-aca.h je sis. Tak faham kandungan citer main ser.bu.

“Kak Rara don’t sad! Kami dengar Suria hari-hari kami faham Mail tu siapa as u said today. Diaorang salah faham tadi tu. Tak tahu hujung pang.kal. Makan dan ti.dur dengan lena jeee. Abaikan yang negetif. Love Suria fm,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Pada aksi final yang berlangsung pada Selasa, pasukan Kuala Lumpur City telah berjaya menewaskan JDT dengan jaringan 2-0 sekali gus merangkul piala keramat itu selepas kali terakhir dilakukan pada 32 tahun yang lalu.

Sumber: Instagram Sharifah Shahirah, MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *