Penunggang Motor Bawa Kucing Dalam Bakul, “Siap Ada Botol Susu…”

Artis

Sebagai pemilik kucing, tentunya anda sudah menganggap kucing peliharaan anda sebagai ahli keluarga sendiri terutamanya kucing yang sudah lama dibela. Sama juga macam gelagat seekor kucing ini yang siap dibawa oleh pemiliknya ketika keluar menaiki motorsikal.

Gelagat comel kucing itu dirakamkan apabila pemiliknya turut sama membawanya dan meletakkan kucing itu di dalam bakul motornya. Video tersebut juga turut sama tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan gelagat seekor kucing yang dilihat berada di dalam bakul motor yang dibawa pemiliknya itu. Sekali pandang, kucing itu juga kelihatan seperti anak bongsu di dalam keluarga itu yang turut sama dibawa berjalan.

Malah kucing itu juga dilihat duduk tenang di situ sambil menjilat badannya semasa mereka berhenti di lampu isyarat tersebut. Lebih melucukan, pemiliknya turut sama membawa botol susu untuk kucing itu yang diletakkan bersama-sama di dalam bakul.

bakul

Pemilik video turut sama berdekah melihat gelagat kucing itu yang langsung tidak kelihatan takut malah seakan-akan sudah biasa dibawa berjalan. Malah rata-rata netizen juga turut sama ‘geram’ melihat kecomelan si bulus ini.

Di ruangan komen, netizen turut berseloroh mungkin juga kucing itu sudah dianggap sebagai anak bongsu di dalam keluarga. Ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama di mana ibu bapa mereka lebih memanjakan kucing dari anak sendiri.

“Korang lama tak balik kampung jangan terkejut ada adik bongsu berbulu macam tu…”

kucing

“Ala cute siap ada botol susu.”

pemiliknya

“Aku dah lama redha aku bukan anak kesayangan. Kucing anak kesayangan sebenarnya.”

komen

“Ni mesti anak bongsu ni.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *