[VIDEO] “Hahaha kelakar…”-Malu tersasul panggil sayang, Uqasha Senrose & Kamal Adli tular di TikTok

Artis

Pasangan pelakon popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendapat perhatian ramai dalam sebuah rancangan realiti nyanyian berjudul, Lagu Cinta Kita sejak beberapa hari lalu.

Seperti diketahui penonton, rancangan terbabit telah menggandingkan Kamal Adli dan Ain Edruce sebagai pengacara di atas pentas dan keserasian mereka bergandingan bersama cukup menceriakan pentas. Bagi minggu ini pula, kedua-dua pengacara itu telah membuat persembahan berjudul Dia.

Dalam pada itu, nampaknya suasana semakin meriah pula apabila Uqasha Senrose tersasul memanggil Kamal Adli dengan gelaran sayang ketika bakal suaminya itu berada diatas pentas.

IMG_20211201_074131

Sedar dengan tersasul panggil sayang, Uqasha Senrose terus tertunduk seperti malu manakala Ain Edruce pula didengar cuba mengawal situasi tersebut.

Nampaknya menjengah ke aplikasi TikTok, kedua-duanya telah mendapat perhatian warganet apabila ada yang turut tercuit hati dengan situasi tidak disangka-sangka itu dan dalam pada masa yang sama, kecomelan Uqasha Senrose mencuri tumpuan ramai.

Lanjutan daripada komen-komen netizen di hantaran video pendek yang dimuat naik itu juga, rata-ratanya turut merasa terhibur dengan gelagat comel pasangan selebriti sama cantik, sama padan itu.

“Alah comel Cik tunang tersasul lak”

Uqasha SenroseIMG_20211201_074238

“Adoi tersasul lak”

IMG_20211201_074258

“Alah comel cik tunang tersasul…”

Uqasha

“Aku je ke yang ulang ulang, comellll”

Uqasha

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *