Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, terkejut dengan dak.waan yang mengatakan menantunya, Shuib kelihatan segan apabila bersamanya.
Menerusi akaun Instagramnya, Fatimah atau lebih mesra disapa Makder ini membuat naik satu hantaran yang menunjukkan seorang individu menegur hal yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan mereka.
Menjelaskan dak.waan individu itu, Fatimah menyatakan istilah segan tidak wujud memandangkan mereka adalah satu keluarga malah saling menghormati antara satu sama lain.
View this post on Instagram
“Ter.kejut saya baca DM ni. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tidak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke, Shuib adalah keluarga saya.
“Anak-anak mereka semua cucu saya. Saya yang sama-sama jaga dari mereka lahir sampai sekarang. Mungkin apa yang orang nampak orang ingt Shuib segan dengan saya tapi sebenarnya kami saling menghormati,” jelasnya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Fatimah juga berkongsi cerita tentang detik pertama pertemuan Sarah bersama Shuib 12 tahun lalu.
“Lagi pun masa ar.wah Sarah dating dengan Shuib delu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib lebih kurang 12 tahun lepas.
“Saya ada masa itu temankan ar.wah. Bukan ma.lu bukan segan tapi hormat. Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami.
“Amin… InsyaAllah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada korang semua. Amin,” coretnya.
Terdahulu, seorang individu menghantar Direct Massage (DM) di akaun Instagram Fatimah dan men.dak.wa Shuib kelihatan se.gan setiap kali berada bersamanya.
“Assalam makder, ada sesuatu nak kongsikan sebab saya tengok story makder sebelum ini, saya tengok Shuib macam segan sikit dengan makder, semoga bermanfaat,” tulis individu tersebut.
DM itu juga turut disertakan dengan sepotong artikel berkaitan dengan hu.kum ha.kam antara mentua tiri dan menantu lelaki.
Sumber: Gempak