Selebriti jelita Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafrel selamat menimang cahaya mata keempat pagi hari ini.
Berita gembira itu dikongsi Wawa menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi. Jam 2 pagi me.nahan sa.kit, tak sampai hati nak kejut Aeril.
“Tunggu la sampai 5 pagi, sampai-sampai hos.pital sudah 9cm,” katanya.
Tambahnya, dia akui tahap kesa.kitan untuk melahirkan anak keempat itu agak berlainan.
“Lain macam sakit dia walaupun anak keempat. Nama belum ada, ada cadangan ke,” soalnya
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sementara itu, Aeril menerusi posting di Instagramnya mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.
“Assalammualaikum anakku…Terima kasih semua atas doanya,” katanya.
Terdahulu, Aktor Aeril Zafrel memohon orang ramai untuk mendoakan isterinya pelakon dan usahawan Wawa Zainal yang telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak keempat mereka.
Menerusi laman sosial Instagram, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 32, berkongsi foto terkini Wawa yang berada di atas katil hospital untuk tatapan umum.
“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikk yang diberi. Doakan semuanya selamat,” tulis Aeril di ruangan kapsyen.
Malah di ruangan IG story milik Aeril sebentar tadi, Aeril memberikan ucapan penghargaan buat isterinya.
Namun tidak dinyatakan mengenai kelahiran anak keempat mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa agar Wawa dan bayi yang dikandungnya sentiasa berada dalam keadaan sejahtera.
“Allahuakbar te.rasa sa.kit.nya waktu sedang ber.tahan macam ni. Semoga Allah permudahkan urusan bersalin, sihat ibu dan anak. Amin,” komen seorang wargamaya.
“Tengah sa.kit pun cantik Wawa. Semoga selamat semuanya amen,” puji seorang wargamaya.
“Sakitnya Allah je yang tahu nak bersalin. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sihat mommy baby,” kata seorang wargamaya.
“Se.dih tengok keadaan ni. Sa.kitnya masyallah, Allah sahaja yang tahu. Semoga Wawa selamat melahirkan dan dipermudahkan,” doa seorang wargamaya.
“Saya dapat rasa ke.sa.kitan.nya. Semoga Allah permudahkan dan semoga anak yang lahir sihat sempurna,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 180,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Ogos lalu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, mengumumkan dirinya hamil anak keempat.
Terdahulu, Aeril dan Wawa pernah menggemparkan dunia hiburan dengan kisah perkahwinan senyap-senyap mereka sebanyak dua kali.
Hasil sembilan tahun bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, dan Aya Soffya.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Sumber: Gempak