10 Stail Selebriti Di Kuala Lumpur Fashion Award 2021, Penampilan Ummi Nazeera, Reen Rahim Cvri Tumpuan

Artis

Sebagai kesinambungan Kuala Lumpur Fashion Week 2021, sebuah acara yang buat julung kalinya dianjurkan bagi mengangkat personaliti penting industri fesyen tempatan telah diadakan.

Diberi nama Kuala Lumpur Fashion Award, majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu bergemerlapan dengan stail dan persona setiap tetamu yang hadir. Masing-masing tidak kalah bergaya.


Pada malam itu, Datuk Bernard Chandran menerima anugerah Oustanding Achievement Award.

Setiap pereka dan jenama fesyen hadir berpasangan bersama muse mereka masing-masing sebagai satu wajah wakilan yang mencerminkan DNA jenama. Dari selebriti, model sehinggalah pempengaruh media sosial menjadi pilihan.

Jom kita lihat 10 selebriti tempatan yang menghadiri majlis tersebut dan stail rekaan busana yang mereka gayakan.

MARION CAUNTER

Bekas pengacara rancangan Quickie 8TV ini menggayakan busana hasil rekaan Rizman Ruzaini. Dikhabarkan ini merupakan kali pertama wanita anggun ini menggayakan busana rekaan duo pereka tersebut. Pada malam itu dia juga dinobatkan sebagai Fashion Icon of The Year.

SCHA ALYAHYA

Pelakon, pengacara dan usahawan ini tampil chic dan mempersona dalam rekaan pereka fesyen Alia Bastamam. Busana rona putih berlengan panjang itu jelas membawa mesej less is more. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga dinobatkan sebagai Most Fashionable Female Celebrity untuk KLFA edisi sulung ini.

REEN RAHIM

Pelakon ini tampil menyerlah dalam pilihan busana dalam rona terang. Menjadi muse kepada jenama MAGlifestyle, penampilan Reen Rahim menitipkan aura playful dan retro.

UYAINA ARSHAD

Pengacara  dan pelakon berhijab ini tampil ayu dalam busana rancangan jenama fesyen Ghaania. Busana gaun labuh berona merah jambu dan hitam penuh sesekuin ini dolah sesuai dengan penampilannya yang berhijab.

MIMI FLY

Mimi tampil penuh warna dalam busana rekaan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. Memilih untuk menggayakan gaun labuh lengkap dengan jaket, ia menyerlahkan persona Mimi yang aktif dan outgoing.

DIANA DANIELLE

Pelakon popular ini hadir bagaikan seorang ratu dalam persalinan gaun jenama Ivan Young. Namun tumpuan kepada gayanya adalah headgear yang dikenakan di kepalanya. Hiasan kepala tersebut merupakan rekaan Bremen Wong yang juga pemenang kategori Fashion Innovation pada malam tersebut.

TENGKU AZURA

Supermodel terkenal Malaysia ini tampil ringkas dalam persalinan rekaan Afiq M menerusi padanan rekaan seluar lebar rona hitam dan kot labuh rona kelabu. Pelakon filem Bunohan ini juga ranggi memadankan keselurhan gaya dengan sepatu sukan.

SAZZY FALAK

Pelakon dan pengacara kecil molek ini menyerlah dalam rekaan gaum kembang rona merah jambu rekaan Syomir Izwa Gupta. Melengkapkan gaya keseluruhan Sazzy mengenakan perhiasan kemas berunsur budaya masyarakat India.

UMMI NAZEERA

Pelakon berhijab ini tampil serba hitam dalam busana daripada jenama Kree. Rekaan ekstravaganza ini siap dengan ropol dan kemasan bulu pastinya menarik perhatian mata yang memandang.

SHWETA SEKHON

Miss Malaysia Universe 2019 ini menggayakan busana daripada jenama Laguna Sydney. Gaun rona hijau neon siap dengan hud ini dipadankan dengan jaket dari fabrik ala renda rona putih menyuntik gaya ranggi dalam nuansa feminin.

Siapa selebriti paling ONZ gayanya bagi anda?

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *