Yonnyboii Nikahi Nik Nazira, Ramai Terkejut Tiba-Tiba Dah Selamat Bergelar Suami Isteri

Artis

“Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri,” demikian coretan ringkas penyanyi rap Yonnyboii berkongsi foto pertama bergelar suami kepada pempengaruh, Nik Nazira pada Khamis.

Memuat naik hantaran terbabit di Instagram, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, merakamkan sekeping foto wefie bersama Nik Nazira dengan masing-masing lengkap berbaju sedondon putih.

Yonny juga berkongsi fotonya di hadapan pelamin ketika majlis akad nikahnya.

Sementara itu, Nik Nazira juga berkongsi foto majlis pernikahan mereka sambil kedua-duanya duduk di atas pelamin yang dilatari bunga serba putih.

“Bismillah, saya mengahwini rakan baik saya. Kami telah adakan majlis nikah yang kecil-kecilan untuk ahli keluarga sahaja.

“Jumpa kalian semua pada majlis persandingan kami tahun hadapan,” tulisnya.

Ruangan Instagram pasangan itu dibanjiri ucapan daripada rakan dan peminat mereka selain ada yang turut terkejut apabila pasangan itu tiba-tiba umumkan sudah berkahwin.

Yonny dan Nik Nazira telah selamat melangsungkan pertunangan pada 9 Oktober lalu yang hanya dihadiri kenalan dan keluarga terdekat.

Menggunakan tanda pagar khas #Yonnina, pasangan itu memaklumkan kepada media bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun 2022.

Usai majlis pertunangan, mereka dihimpit dengan kontroversi rampas kekasih seorang juruhebah radio. Bagaimanapun, kedua-dua pihak mengambil pendekatan ‘move on’ dan meneruskan hidup baharu.

Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan lanjut dari Yonny.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *