[VIDEO]“Ok Let’s Go Make One Now!”- Peminat Doa Cepat Dapat Baby, Caprice Tarik Tangan Farra Sambil Cakap

Artis

Mahligai bahagia yang dibina oleh Caprice dan isterinya, Farra Inalis Hussni nampaknya menyorot banyak respons positif dalam kalangan peminat.

Selain menerima ucapan tahniah saat berkongsi tentang ikatan perkahwinan, kemesraan Caprice dan anak t1rinya, Aleesya Sofea turut menarik perhatian orang ramai.

Bahkan, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut selain berharap agar mereka cepat menimang cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Perfume Mafia 🧢🍚 (@signbycap)


Bercakap mengenai zur1at, Caprice dan Farra sempat bergurau dan mencuit hati pengikut mereka menerusi satu sesi soal jawab yang dimuat naik di Instagram Story baru-baru ini.

Dalam banyak-banyak soalan yang diajukan oleh pengikut, ada yang sempat mendoakan supaya pasangan berkenaan cepat-cepat mendapat cahaya mata.

“Hurmm ramai betul yang nak baby… Ada orang request baby ni” ungkap Farra sambil merangkul lengan suaminya.

Caprice dengan selamba menjawab: “Request baby? Ok let’s go, let’s go make one now!” jerit Caprice sambil menarik tangan Farra.

Meninjau ruangan komen akaun Instagram @signbycap, ramai yang gembira melihat kemesraan yang dipaparkan oleh pasangan tersebut.

“Happy wehhh dia orang sekarang. Suka tengok orang sweet gini… Dulu ny4mpah dengan Cap, sejak berbini ni hari-hari nak tengok dia dengan wife,” komen seorang pengikut pasangan tersebut.

Selain itu, ada juga yang meminta supaya mengingati kelompok peminat yang single dan masih belum mendirikan rumah tangga.

“Hahaha… Jangan macam tu… kesiankanlah mereka-mereka yang belum kahwin tu Cap,” katanya.

Tidak kurang juga ada yang menitip pesanan supaya Caprice dan Farra menikmati alam perkahwinan beberapa tahun sebelum berfikir soal anak.

“Biar dia enjoy life kahwin berdua only for a year or two. Ada adik tu pun pening kepala Cap nak layan. Tambah lagi satu makin pening Cap nanti,” tulis peminatnya.

Minggu lalu, Caprice membuat kejutan apabila mengahwini Farra, seorang usahawan dan Instafamous yang berasal dari Kelantan. Farra memiliki seorang anak, iaitu Aleesya hasil perkahwinan terdahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *